Followers

Tuesday, 11 March 2014

Ada hikmahnya..

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Satu lagi kisah redha dan menerima seadanya walaupun itu sesuatu yang kita rasa tak baik buat kita.

Untuk pengetahuan, saya pernah cerita kan yang saya seorang trader. Minggu lepas dan minggu sebelumnya. Saya memang loss teruk. Sangat teruk saya rasa sampaikan modal saya dah menyusut sampai separuh dari apa yang saya ada .

Kemudian , saya masukkan modal tambahan pada satu akaun lagi. dengan harapan satu akaun lagi ini bakal saya jadikan akaun gaji untuk saya ambil setiap hari. Tapi langit tak selalu cerah kan, sekali lagi saya terkena sebab salah pencaturan. Punyalah sakit hati bila terkena tu. Dah terkena, terkena lagi. Lagi dan lagi. Isteri tak mampu kata apa, cuma mampu diam disebelah dan bila lihat saya dah cool down, dia pujuk hati saya. Saya pun dalam masa sama, cuba juga muhasabah diri, tanya diri sendiri apa yang tak kena dengan saya. Apa kesalahan saya. Kemudian perlahan lahan, rasa bersalah pula sebab saya dah jadi seorang yang marah pada masa itu.

Dan awal minggu ini, alhamdulillah.  Rupanya ALLAH sengaja bagi saya loss minggu lepas sebab dia nak bagi sinar minggu ini dekat saya. Sinar apa? rupanya dia nak beri saya kefahaman dengan loss tu. Dia rupanya nak saya nampak di mana saya sebenarnya dah buat salah dengan setiap entry saya tu. Dia loss-kan saya sebab selagi saya tak loss, saya mungkin tak akan nampak, kat mana saya dah buat silap tu.

Diri perlahan lahan rasa bersalahnya dengan apa yang saya buat. Moga ALLAH mengampunkan kekhilafan diri sepanjang hidup di dunia. Moga diri juga sentiasa bersyukur walau sekecil kecil nikmat dan sebesar besar ujian. Amin yarabbal alamin.

Dan minggu ini, jadi sangat tenang dalam berurus niaga. perlahan membaca pergerakan, dan tunggu di point point yang tepat sebelum sebarang tindakan dilakukan. Dan sememangnya ini antara apa yang ALLAH nak tarbiah saya dengan loss yang tak henti henti di minggu minggu lepas. Ada hikmahnya..

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA