Followers

Saturday, 15 March 2014

Hari ini hari saya

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Akhirnya terupdate jutanga belog kesayangan saya ni. Maaf pada para readers kerana batasan masa buatkan saya tak dapat nak update semalam. Sekarang ni alhamdulillah, saya baru ja pasang internet dirumah dan menjadikan sambungan internet sedikit baik dari dahulu. Bagi saya jadilah dari tak ada kan. Sekarang alhamdulillah sedikit stabil la sambungan tu, cukup untuk kegunaan biasa saya di rumah. bukan apa sangat pun, untuk trade dan belog ja kan? memadai. Alhamdulillah.

hari ini sedikit sibuk juga. kalau dua hari lepas bawa Ummi cari barang, semalam bawa mama beli barangan dapur untuk kegunaan seminggu. dalam masa sama sempat juga tunaikan permintaan ummi nak makan roti goreng dia tu.

dan hari ni selesaikan apa yang abi nak buat plak. tahu apa? melawat tok mak saya la. lamanya dah tak pergi lawat dia. bukan apa, asal sabtu kan kerja, tak kerja ada hal hal lain plak, langsung tak sempat nak ke mana mana. kalau tak lepak rumah, ke sana sini sampaikan tak sempat nak melawat dia. alhamdulillah, walau tak tercapai cita cita saya nak tidur di sana, atleast dapat juga bawa anak jumpa dengan onyang dia. Syukur alhamdulillah. saya gembira setiap kali nampak nenek Uwais tu gelak dengan keletah cicit dia tu. saya yang seronok sampai berlinang air mata.

entah kenapa saya rasa syukur sangat sebab jadi cucu kepada tokmak tu. dari kecil dia yang jaga. sampaikan masa nak tunang dulu, saya buat permintaan nak bawa dia. dan alhamdulillah dia jugalah yang Mama saya dan saya persetujui jadi orang nya yang menyarungkan cincin di jari tunangan saya masa tu (sekarang dah jadi isteri lah).

Moga moga ALLAH berikan saya lebih banyak masa nak berbakti kepada dia. dan saya juga kena titipkan dalam diri, dalam hati, sebaik mungkin gunakan kesempatan yang ada ini untuk gembirakan dia.

Moga diizinkan. Amin.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA