Followers

Sunday, 16 March 2014

Hampess

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam pertama kali la dalam tahun ni, juga dari beberapa tahun juga rasa ada friendly futsal dengan satu team tu. Ya ALLAH penatnya tak tahu nak cerita macam mana. Selalu tu kan main besa besa ja. Ini nak kena renyuk dengan team yang bagus tu. aduihhh.. penatnya lah.

kalau dahulu kala, zaman study dulu la, ada sahaja invitation nak friendly, siap masuk tournament lagi. (mana tidaknya, petang bola padang malam futsal, punya la aktif.) ni dah lepas belajar, kena pula tak ada ramai kaki, terus senyap macam tu ja. Ada la saya cerita kat Isteri semalam, masa belajar dulu, tiap sem muka ni ja dok p amek anugerah , tapi haram orang tak kenai pn. Start orang kenai sebab main futsal. nak tegelak ja dia tengok saya cerita semalam. kihkihkih 

ni pun syukurlah kat tempat kerja ni depa ajak main minggu minggu, baru la bernapas balik dengan futsal. Asal kat KL pun dekat nak balik sini baru ada orang main, tu lepas saya kena loan kat satu company ni la, sekarang kat Penang, alhamdulillah bernapas balik dengan futsal.

ohh ya kembali cerita semalam, Memula tu sampai lambat, ye lah, saya kan balik kampung semalam. lepas tu dah sampai di rumah, adik dah tunggu, tapi adik ipar saya belum siap lagi. Elok kami gerak tu, pun ok ja sampai dah di pulau tu, ada trafic light pula, terpaksa buang msa lama di sana, tu belum kira lagi ada sangkut sangkut dengan kenderaan perlahan berlagak laju duk tengah jalan tu.

Elok sampai tu, tunggu sekejap terus masuk. Asal tu main dengan geng kami la, mana tahu tetiba ada satu geng lagi masuk. Dah ada orang luar kabo ada friendly. doihh. baru masuk kot, badan tak panas lagi, dah kena renyuk lari sana sini. Penat weh!

sampaikan keluar dari court ada orang tego la, weh, tu lemak kat perut tu da susut da tu, kurang banyak tu. ahahahaha. hampesss~~ 

1 comment:

Kira Sakura said...

patut la abi nampak kurus smlm hahahahaha

Buta+Pekak+Bisu=CINTA