Followers

Tuesday, 11 March 2014

Takdir kami

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ingat tak semalam saya ada update pasal hikmah dalam tiada dan sama macam kami semalam. Sebenarnya ia sesuatu yang bagi saya agak menarik untuk saya kongsikan sebenarnya. Semuanya tentang takdir la. Bagaimana hari Ahad yang entah tiba tiba tak ada tiket balik sampai ke malam dan tak dapat balik ke Penang.

Semuanya sungguh tersusun sebenarnya. Bagaimana kami terlambat bergerak kerana ada event dekat Tesco Mergong, kemudian pergi makan, dan akhrnya end up di Shahab Perdana tersangkut saya kerana tiket tak ada. Kemudian call Ummi balik supaya datang ambil saya.

Bagi saya ALLAH takdirkan sesuatu. Hati yang berat nak pergi, dengan air mata yang hampir tumpah kerana terpaksa berpisah, ALLAH hentikannya dengan beri peluang untuk beberapa jam diluangkan bersama lagi.

Ianya sangat indah bukan?

Oleh itu percayalah pada ALLAH. Dia LEBIH TAHU SEGALANYA. Dan kita, ibarat pelakon di atas pentas yang disediakan ini, bergeraklah dengan namanya. Tiap laku dengan nama NYA, setiap urusan dimula dengan nama NYA, InsyALLAH, hati akan lebih mudah menerima walau apa juga yang ditakdirkan.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA