Followers

Monday, 10 March 2014

Hikmah dalam tiada

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Pagi Isnin, 5:59am. Shahab Perdana.   

Kisah perjalanan kami lagi. Di pagi isnin ni. Hikmah dalam tiada yang sepatutnya disyukuri. 

Yang saya maksudkan dengan hikmah dalam tiada adalah, asalnya saya punya jadual pulang ke penang adalah pada petang semalam. Tapi nak dijadikan cerita tiket semua bus yang selalu saya naik ke Penang telah habis. Oleh yang demikian, kami ambil keputusan untuk pulang pada pagi hari ini. 

Sebenarnya bukan tak ada juga, tapi saya pilih untuk tak baik bus yang ada tu sebab nampak terang dia mengambil kesempatan menjual tiket mahal sangat dari harga asal. Dah la itu hanya bus tumpang. Lagi berlagak pula tu. Jenis saya, once da pusing jangan harap nak patah balik. Lantak situ. 

Yang dimaksudkan dengan hikmah dalam tiada, dapatlah saya spend lagi satu malam bersama dua kemanjaan saya ni. Manja kecil saya teman bermain dan manja besar dapat bantal lengan. 

Begitulah nasib ber PJJ ni. Saya tk menyesal dengan apa yang jadi. Kalau tadi hikmah dalam hilang. Sekarang saya yakin ada hikmah lain pula. 

ALLAH knows BEST!!!

Buta+Pekak+Bisu=CINTA