Followers

Tuesday, 11 March 2014

Ahad yang sibuk

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.


Kisah dua hari semalam yang baru hari ini berkesempatan saya kemaskini. Ahad yang sibuk buat kami. Bangun di awal pagi dan bersiap kerana tak mahu lambat. Kami ada temu janji pagi ini sebenarnya. Well, tuan putera Fateh Uwais kan dah cukup 6 bulan, hari ini dia kena cucuk dose ketiga untuk apa saya tak berapa ingat, tapi ini merupakan cucuk untuk anak anak 6 bulan la.

Awal juga kami sampai dalam pukul 8 lebih sikit. Itupun sedikit lambat dari jangkaan saya sebab saya anggarkan akan lebih awal, tapi sebab minyak dah kelip kelip saya kurangkan kelajuan kereta pagi ni. Sesampainya di rumah, kami cari dahulu sarapan, kemudian siapkan anak untuk ke klinik. Sempat juga la mandikan anak dahulu, tu pun sebab Ummi suruh, ikutkan saya slumber ja, tapi sesampainya dirumah pun anak dah tersedia bangun. Jadi saya mandikan dia sambil Ummi siapkan apa yang patut dan kemas bilik.



Selepas sampai di klinik. Lihatlah tu. Muka cuak la kononnya. Padahal tak ada juga. melompat tak berhenti. Aktifnya awak Fateh Uwais. Asal nampak muka Abi mesti angkat tangan nak saya angkat dia. Padanlah Ummi kata, kalau tak ada saya susah juga nak bawa anak. dia aktif betul.

Di klinik, agak lambat juga la sementara nak sampai masa anak. Disebabkan dia dah mengantuk, sempat lagi la dia lena sambil Ummi susukan dia. Elok dia lena ja dah nurse panggil untuk timbang berat dan  ukur tinggi dia. apa lagi, mengamuk la kejap. mujur kami pujuk. Syukur senyap dia.

Selesai itu, kami jumpa nurse dia untuk sesi perkembangan anak la. Tunggu kejap, sambil ummi susukan dia. tapi dah dia tak mahu saya bawa dia berjalan. sampai Ummi panggil bila nurse dah panggil masuk bilik dia. dala, bilik dia agak aktif. Nurse gelak dengan telatah dia. Paling rasa nurse suka bila dia senyum la. well Uwais ni memang murah betul senyuman dia tu. dah nurse nampak lesung pipit si kecil ni. hihi.

Dalam sesi tu saya rasa puas hati sebab banyak yang dikongsikan nurse dengan kami. banyak betul info berguna yang kami dapat hari tu. syukurlah. bagus sebab ada peluang dapat ilmu anak yang baru kan. dapat juga kami manfaatkan dalam kehidupan seharian kami. Habis bersembang. Masa untuk cucuk. Mula tu tak adalah menangis, tapi selepas rasanya dia rasa ubat masuk dalam badan, dia menangis . itu pun kejap sangat. lepas nurse pujuk dia, terus senyum. Nurse kata "sekejap ja dia nangis." Alhamdulillah juga la saya rasa kejap dia menangis. huuu..


Habis cucuk, kami pulang. Lihatlah tu, lena dia tidur. Yang sebenarnya memang menjadi rutin anak, bila selepas mandi, dia akan menyusu dan selepas itu tidur. bayangkan mana dia tak mengamuk hari ni sebab dia tak dapat tidur pagi ni. Selepas bersiap, kami sampai di rumah, dan sampailah masa saya nak hantarkan Ummi pulang ketempat kerja. Apa boleh buat kan? dah camni rutinnya.

Dan saya, hari ni tak dapat mengasuh anak pun, sibuk dengan bermacam urusan hari ni. Mula tu uruskan servis kereta, kemudian urusan dengan bank. Jadinya anak kami ambil petang sebelum saya ambil Ummi nya balik kerja. Sempat juga kami bawa anak bergambar petang tu.

Gambar kesukaan Ummi. Katanya bukan hanya bibir comel itu sahaja yang tersenyum, mata turut tersenyum. Kan?

5 comments:

Kira Sakura said...

mekasih abi layan kami, gembirakan kami :)

Nurzakiah Hanum said...

COMELNYA BABY :)

Z@i Z@mR33 said...

sukanya tgk pic hat bwh skali tu....gewammmmmm

aizamia3 said...

dak Fateh Uwais memang buat acik geram nengoknye.. montelnya kami..

aizamia3 said...

*kamu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA