Followers

Thursday, 26 July 2012

Coretan monolog pagi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

[Apa pun sebelum saya mula, saya nak ingatkan, entry ini mungkin keras bunyinya, mungkin juga kasar pada yang membaca, andai terasa tak selesa atau tak suka silalah click button close disisi atas kanan untuk menutup blog ini. ]

Entry pagi saya hari ni berkisar tentang kehidupan kita di zaman ini yang mana hati terpanggil untuk menaip panjang dipagi hari selepas terbaca satu komen dar seorang manusia yang menghina (pada saya) . Hinaan yang dilemparkan secara terus kepada seseorang yang saya rasa tak sepatutnya dibuat. Isunya adalah maju, dan katanya orang itu tidak menyokong maju, dan adalah seorang yang mundur dan menyebabkan kemunduran di tempat jajahannya.

MAJU, apa yang anda pandang pada maju? Pendapat saya, apa yang pnting adalah kehidupan, taraf idup sendiri, kita dok jerit, maju maju maju, tapi dlm ms sama melarat, lihat zaman mak ayah kita dulu, ms tu 20 sen pun dah banyak, sekarang, 50 hengget pun x rasa apa, adakah ini yang kita nak sgt ng maju? Saya cakap betul ni, maju apa la sangat yang kita nak tu, bila tanah tanah kita habis 'dilemparkan' demi NAMA, dan kemudian tinggallah kita disisi langit (rumah rumah pangsa) sedang dahulunya, kita dekat dengan tempat kembali kita yakni tanah. Dahulunya kita berbudi pada tanah, sambil sambil dapat juga hasilnya, tapi kini? Dek kerana nak MAJU, habis semua dikorbankan. Dan lagi jengkel bila yang kita kata MAJU tapi sebenarnya tidak pun. Teknologi kita ada sekaramg ini pun sudah 30 tahun (tak silap saya) ketinggalan dibandingkan apa yang mereka ada. Suka saya kongsikan, seorang kawan yang saya kenal ketika saya praktikal satu masa dahulu, seorang dari nepal, yang sudah berkahwin. Saya tanya padanya, setiap bulan betapa yang dikirimkan kepada isteri dan anak? Katanya tiada. Saya sangat terkejut, saya tanya kenapa? Katanya duit di sini pun tak cukup makan. Saya semakin hairan, saya tanya lagi, bagaimana kehidupan anak dan isteri kerana tiada wang? Dia menjawab, tak apa lah, di kampung, macam macam ada. Tak perlu gusar. Saya senyum kembali. Dan sekarang saya kembalikan kepada readers, masih dapatkah ini semua pada zaman kita? Sangat susah bukan. Dan jika seperti perenggan atas yang saya taipkan tadi, rumah diaras awan dek kerana dewa maju yang kita taksubkan ini, mampukan hidup tanpa wang? Pasti tidak!!

Yang kedua, kita kata maju, tapi landasan iman dan takwa diketepikan, lihat sahaja bagaimana kita sekarang lebih enak bergembira, konsert segala bagai, sedang akhirat yang pasti pun diketepi. Tak percaya, lihat bila ada konsert dan majlis agama, mana lagi ramai? Tu baru satu, lihat saja perubahan MAJU kita tu, bilanya 'panas' menjadi sebab kain kain mula kurang bila berpakaian. Bila lihat balik, kita makin mundur sebenarnya, mana taknya dah macam tarzan lagaknya, menutup yang 'malu' sahaja yang lain kita dedah luas luas, bagi orang tengok, kemudian bangga dengannya. Dan lebih 'manis' bila kaum berlawanan dipersalahkan sebab melihat, sedangkan yang menayang adalah mereka, saya tergelak bila fikirkan, kaum berlawanan disalahkan bernafsu, kemudian kerana mereka lah banyak jenayah, sedangkan yang mula adalh mereka, owh ya saya ingat sudah, kita kan maju, "mencegah lebih baik dari mengubati" itu sudah tidak sesuai gamaknya dengan KeMAJUan kita sekarang ni. Sebab itu Islam cuba dipisahkan sebab ia nya kolot pada mata mereka, tidak maju bila seiringan kehadapan.

Lagi, janganlah kita bermain dengan nama islam, bila kita sudah berani menidakkan hukum hukum yang ALLAH suruh tu, tak guna nama negara islam, tapi yang menegakkannya kita tolak ke tepi, yang nak bangkitkan islam kita hina, ulama kita pandang enteng bicaranya, kita selalu cakap, kita ni negara islam, tapi kita jaga ka Islam? Tak kan? Bila sebut hukum ALLAH ada yang tolak sebab katanya tu da lapuk, tak sesuai dengan zaman. Sapa kita? Assistent Tuhan kah? Lawak bukan? Kita menagih simpati dan Ehsan ALLAH, tapi kita menolak dia, ibaratkan, kita sedang minta sedekah dari orang kemudian kita marah dia sebab kita tak dapat lauk hebat seperti sangkaan kita tu. Dan lagi keji kita bila kita caci dia lagi sebab kita tak kenyang dengan pemberiannya itu. Bunyi kasar tapi itu adalah realiti. Kita lebih hebat kata kita bila kita tak buat apa yang Dia suruh, kononya kita ni sangat sibuk, tak ada masa nak buat, sedangkan semuanya adalah lumrah dan aturan yang sangat mudah jika kita menyusun nya dengan baik. Failing to plan is actually planning to fail, bukankah itu penanda aras untuk segala macam plan kita? Dan bila itu yang terjadi, satu lagi , dan ini mungkin lagi kuat dan berat timbangannya, "dimana ada kemahuan disitu ada jalan", saya pilih yang kedua, hati yang taknak, dan terusan menolak itulah penghalang kepada penyatuan yang sepatutnya berlaku. Ini lebih betul bukan?

Kita sepatutnya kempen mari takut ALLAH, mari amal makruf nahi mungkar, bersama membawa Islam dalam hidup, sebab Islam tu adalah way of life, bukan untuk sekadar mengaku atas nama sahaja, selalu juga saya tekankan pada sahabat, melayu tu pun kafir satu masa dulu cuma sebab kita majoritynya dah Islam , jadinya sekarang kalau Islam tu orang kata melayu. Tapi sayang sebab nama ja, amalan, kekuatan kita TaK ADA, tak percaya? Lihat la sekeliling, berapa pincamg nya institusi bangsa , gagal dalam segala hal. Dipandang bodoh dan hina di kaca mata bangsa lain. Sebab memang sangat lemah. Cuba kita imagine ya, kita ada anak. Kita ajar dia buat kerja sekolah, sambil sambil kita ada disisinya mengajar, membetulkan apa yang tidak, menaikkan semangatnya untuk satu kejayaan, kita puji bila dia betul dan kita dorong dia untuk berusaha, tidakkah itu bakal memotivasikannya? Berbeza dengan anak terbiar, tiada 'semangat' dari kita, ditinggalkan sepi, jadi bila ada 'ruang kosong' dalam hati dia mula mencarinya, dari sana timbullah kekasih gelapku, chenta haram dua insan sesama jantina, dadah sebagai cikedis, arak untuk penenang jiwa kononnya. Sama konsepnya, bila kita yakin ada, kita pasti menjaga nya, ruang kosong yang diisi itulah yang bakal halang kita dari perkara perkara yang tak baik sebab ruang itu 'menjaga' kita. Begitulah landas hidup bila ALLAH sentiasa di 'rasa' ada bersama. Al- Quran tu lah petunjuk yang patut, dan ulama sebagai guru, dan istiqamah dengn usaha berterusan itu untuk kejayaan yakni Syurga yang kekal.

Dan yakinlah bahawa yang bakal mengangkat kita adalah Islam. Kerana bila ALLAH diatas dalam apa sahaja hal, dan rasa 'takut' tersemai dalam jiwa, dengan yakinnya yang Dia bersama, pasti, pasti dan pasti, kitalah masyarakat terhebat dalam dunia, masyaraKat terbaik di muka bumi ini.


Note : andai berkesempatan, saya cuba kongsi satu artikel dari Majalah Solusi keluaran terbaru mengenai Boss, Syarikat dan Pekerja.
Published with Blogger-droid v1.6.9

4 comments:

Anum said...

suka entry nie
ada unsur2 bermakna

kiera'sakura said...

ada baca dalam novel yg baru nie.. ada tue 'i', kita nak pilih 'i' yang mana satu. Islam atau islam..

Islam yg hanya pada ic atau islam yang ditanam dalam diri :)

eszyamin said...

sangat setuju, kadang gusar juga dgn keadaan semasa, tapi tak guna sekadar gusar kan jika tak bertindak melakukan sesuatu..semoga Islam terus berdiri megah dalam negara Malaysia tercinta ini dengan sebenar-benar berdiri..

Iffah Afeefah said...

mmg emosi

ade betulnye nadh ckp

jgn sbb nk maju hukum Allah kite lupekan

Buta+Pekak+Bisu=CINTA