Followers

Monday, 9 July 2012

My last day

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

My last day.

Today is the day. akhirnya, terlepas sudah saya dari company banyak bintang tu. Hihi bunyi macam ngeri sangat berada disana kan? Hihi tak adalah sampai.macam tu. Suasana di sana biasa saja. Cuma mungkin saya kurang selesa dengan beberapa perkara yang pada saya perlu untuk diprbetulkan. Dan yang paling utama adalah, saya tak suka.kerja hari sabtu. Hihi

Haa, bila dah bersalam bagai, rasa macam pelik, tapi nak kata sedih itu tidaklah sangat, cumanya saya agak terkilan sebab boss saya 'hilang'. Kata abg madi mungkin dia taknak rasa sedih kot lihat kami dan pemergian kami tadi. Rasanya ada benar mungkin sebab hari sabtu lepas juga kami diarahkan keluar, dengan alasan 'task terakhir' kami. Dan hari ini tanpa task, dia sendiri yang hilang.

Macam yang boss besar cakap, kehilangan kami nanti dia akan sedikit susahlah. Sebab kami mudah menerima arahan. Cakap sahaja ke mana, buat apa, memang jalan aja, tak ada alasan nak tolak melainkan ianya tidak dapat dilaksanakan. Plus banyak juga yang dimudahkan selepas kedatangan kami, dan paling saya percaya. Selepas ini, sunyi sepilah sana dengan masing masing dengan hal sendiri, tak lagi macam semasa adanya kami. Pembuat bising tegar, pengacau besar dan penyemak je dalam office tu. Mana taknya, habis semua gelak besar bila kami buka mulut, maka bisinglah office tu. Dan selepas ini, akan back to normal la semuanya. (mungkin baik juga. Baru la nama office kan? Dari ada kami yang buat dia macam pasar. Hihi)

Overall, saya rasa pengalaman di sana baik juga pada saya. Belajar dari kosong, ditahan, diberikan tugasan, dan diselesaikan, ianya sangat menggembirakan, cuma mungkin ada juga part yang saya sangat tidak berkenan, bila mana saya lihat progress yang memang lambat dan tidak munasabah langsung bagi saya. Dan saya yakin ianya akan kembali kepada sediakala bila dah tiada lagi watak sokongan selepas ini. Dan saya sndiri sudah buktikan di masa era kami yang kelambatan semuanya bukan berpunca dari kami para engineers.

Bercerita mengenai permulaan dahulu, kami datang membawa nama enchik boss juga. Tika itu, Mama pesan, "ingat abang, jangan buat malu boss abg.", permulaan dari sana dan sebenarnya memang itu cara kerja kami, dan akhirnya sukses, kami berjaya membawa perubahan baik pada mereka.

Cuma sayang, kami tinggal semua bukan dalam masa semuanya dah dibereskan, agak kecewa juga saya tapi bila difikirkan si polan yang 'bersalah' tu, langsung jadi sampai hati nak pergi, walaubagaimanapun, part saya dah banyak yang saya selesaikan, yang mana tidak ada itu tak dapatlah kiranya saya nak buat kan? Terpaksa rela jugalah mereka buat sendiri. Saya dah berusaha, takkan yang tak ada hendak 'diadakan'. Susahlah kan?
Published with Blogger-droid v1.6.9

2 comments:

kiera'sakura said...

tahniah tuk diri awak sendiri, walau kat mana pun berkerja tue bukan alasan yg penting cara kita laksanakan kerja tue.. ;)

*tetiba rasa seyes lak masuk belog org mulut murai nie.. hihihi

Iffah Afeefah said...

Tahniah nadh

Buta+Pekak+Bisu=CINTA