Followers

Sunday, 8 July 2012

Hang

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hang

Sejak saya tinggal di sini, dulu sampailah sekarang, perbualan saya, loghat saya tak pernah berubah. Teringat zaman dahulu, ntah di mana silapnya bila perbualan dengan bahasa diri saya-awak maka secara tetiba akan ter'KeyheL' lidah bersama 'e' dibelakang kata.

Tapi kini tidak lagi, saya masih Penangites yang memartabatkan bahasa sendiri bila berbual, berhubungan, berurusan dan sebagainya. Hinggakan di kala awal tempoh saya di sini, semasa baru beranjak 1 tahun saya di sini, customer pernah bertanya pada rakan sekerja, "dah berapa lama dia di sini? Kenapa masih loghat?"

Sekarang, bukan hanya orang KL, Terengganu malah sampai ke orang Sarawak yang bekerja bersama saya sudah terikut ikut. Dah tak keluar Mu (Terengganu), ko (KL , Selangor) bila dengan saya, tapi HANG.

Bukan saya tak nak, tapi entah, saya rasa bahasa saya bahasa betul. Tak percaya rujuk kamus, bahasa baku tu. Hihihi
Published with Blogger-droid v1.6.9

2 comments:

kiera'sakura said...

kalau panggil awak "abang" blh x nak hang,.... hahahahahaa #Pengsan :p

Iffah Afeefah said...

Ye nadh stia pde penang

Buta+Pekak+Bisu=CINTA