Followers

Sunday, 8 July 2012

Journey of a groom to be Part 5

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Makan makan

Tadi Mama call, tapi saya tak angkat, sebab saya mandi. Sebaik masuk dalam bilik ada 3 misscall dari Mama. Saya pun buat panggilan balas dekat Mama. Sebaik berjawab, bertubi soalan mana saya, baru bangun tidur ka apa. Sebaik diterangkan, terus Mama buka cerita.

Kata Mama, dia dah confirmkan perihal catering. Katanya jumlah order makanan terpaksa dia naikkn due to jumlah kad yang bakal diedarkan nanti, jadinya dia minta izin dari saya, boleh atau tidak dia nak buat macam itu. Ayah yang suruh tanya sekali, ye lah, tambah jumlah bermakna bertambah jugalah budgetnya.

Balas saya, tidak kisahlah, saya macam mana pun tak kisah. Sebab Mama n Ayah yang pilih nak yang itu. Bukan apa, catering ini pun mereka yang pilih. Saya tak masuk campur, cuma bersetuju, kerana sudah beberapa catering yang di-reject mama due to beberapa criteria yang tidak berkenan di mata mereka. Lagipun. Mereka lebih tahu bukan?

From service to food and few more things, buat saya hanya menjawab ya. Yang penting mereka berpuas hati. Ini kan majlis mereka. Biar yang terbaik saya cuba hadirkn dr mereka juga untuk kepuasan mereka. ;)
Published with Blogger-droid v1.6.9

3 comments:

kiera'sakura said...

:D

Iffah Afeefah said...

oh sngt susa kan bile nk urus bnde2 kite tatau

xpe nadh jnji dpt jamu org makan

لين Si Pipi Merah said...

alhamdulillah... mereka lakukan yang terbaik untuk sahabat... ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA