Followers

Tuesday, 10 July 2012

Hati saya dah disini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hati saya dah di sini

Baru sebentar tadi saya ditemuduga. Untuk jawatan yang saya apply berbulan lalu, jawatan yang mungkin bakal mengembalikan saya ke muka bumi Pulau Pinang tercinta.

Sebaik sampai, mulanya tengok kiri dan.kanan,senyap, kejap ja, mungkin faktor satu bahasa, cepat aja menyesuaikan diri, habis saya interview candidates yang ada dihadapan menanti pnggilan untuk masuk ke discussion di dalam.

Pengalaman saya hari ni mula sebaik saya masuk ke dalam discussion room tu. Terkejut. Sebab pertama kali dalam sejarah saya, 5 orang menanti dalam bilik itu untuk menemuramah saya. Bukan seorang atau dua sepertimana pengalaman sebelum ni. Seperti biasa la kan, mula tu malu malu kucen, tapi bila dah buka mulut, macam air terjun, tak berhenti saya cakap.

Ayat last yang buat saya sendiri rasa nak bila mereka beritahu, mereka prefer candidates yang ada pengalaman dalam Fiber Optics, dan saya boleh plak bagitahu mereka, "tak apa, kalau nak orang yang ada pengalaman fiber ni?tunggu kejap la, sebab candidates lepas ini ada pengalaman dalam bidang ni,". Semua dah mula gelak, ditambah lagi bila saya tambah, "saya dah interview depa dulu dah dekat luar tadi.".

Apa pun peluang saya rasanya tak besar sebab orang dengan pengalaman itu yang diperlukan, tapi saya sendiri juga dah berusaha dengan tekankan bahawa tiada yang mustahil asalkan diberi peluang, saya ingat lagi masa saya betah kata si penemuramah dengan menekankan apa pendapat saya ini, saya pernah mula dari kosong, takkan saya tak boleh buat bukan? Andai kata sijil saya jadi sebabnya, rasanya mungkin sampai sekarang saya masih tak bekerja, sebab saya berani 'lompat' dalam field telco satu masa dahulu lah, saya kini dengan apa yang sudah saya capai.

Saya akhiri temuduga tadi dengan , " hati saya sudah di sini.".

P/s :: doakan la ye? Saya mahu pulang.
Published with Blogger-droid v1.6.9

7 comments:

Anum said...

all the best

kiera'sakura said...

Amin2 insyaAllah klu dah rezeki jauh ujung dunia pun dapat dicapai jugak ;)

.........cP~ said...

Salam.

Wah. All the best. Nice answer.

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

oleh kerana hati adik telah di sana...akak akan doakan 5 kali sehari utk adik.amin..amin amin ya rabbal a'lamin

mdmZ said...

insyaallah dapat..amin... yang penting usaha, doa n tawakal.

misshannajr said...

InshaAllah ada rzeki tu :)

Iffah Afeefah said...

Alahai makin sedih hati ai wahaha


moga nadh dpt sne

xdela pjj

Buta+Pekak+Bisu=CINTA