Followers

Showing posts with label 10x10. Show all posts
Showing posts with label 10x10. Show all posts

Saturday, 21 May 2011

Day ten : 10 final words

Assalamualaikum.
Entry terakhir untuk kempen 10x10 Nadh
Hari terakhir berkisar mengenai " 10 Final Words " dari Nadh.

1. Maaf. Buat semua yang ada bersama, yang berkenalan, yang rapat, yang terjumpa, yang tertempuh bahu, tersembang, terSMS, terCall, TerFollow belog ni, semua la yang ada kaitan ng Nadh dalam sengaja atau tidak, Nadh nak mintak maaf bebanyak andai ada salah dan silap pada smua.

2.Seandainya perlukan bahu untuk bersandar, perlukan telinga untuk mendengar, sila jangan memalu nak bagitau Nadh, insyALLAH bersedia ada untuk mendengar, untuk berkongsi. :D 

3. Dalam kita asyik berdunia ni, sama-sama la kita memandang destinasi akhir kita nanti, diibaratkan kita sekarang berada dekat tukun ikan, di mana mudah sangat nak dapat "ikan" kat kawasan ni semasa memancing, TAPI andai diri kita tak manfaatkan peluang berada kat "tukun" ni, bila kita enjak ke kawasan lain, RUGI SANGAT, sebab tak banyak "hasil tangkapan" kita.

4. Nadh sayang semua. 

5. Sila menegur sekirannya Nadh ada tersilap, dan tersalah, berasa gembira sekiranya ada yang menegur kesilapan Nadh. Tiada manusia yang LENGKAP didunia ni, bermakna, Nadh juga, jadi Nadh juga mungkin ada bila-bila tersilap cakap, terkasar bicara, tersalah langkah dalam bersosial. 

6. Elakkan kita dari berdosa kepada Mama n Ayah kita. INGAT, dari mereka la kita datang dulu, dari susah dan payah mereka lah dulu kita dapat besar sampai macam sekarang ni, dari titik peluh depa la kita dapat makan satu ketika dulu, INGAT JASA DEPA!! JADILAH ANAK SOLEH DAN SOLEHAH BUAT DEPA YANG MENDOAKAN KEBAHAGIAAN DEPA DIDUNIA N DIAKHIRAT, JADI SEORANG YANG KUAT BERUSAHA UNTUK KEBAHAGIAAN DEPA, Hilang BF, ilang GF, dibuang kawan ka apa suma, bukan apa jika nak dibandingkan dengan kehilangan depa, HARGAILAH DEPA SEBAIK-BAIKNYA !!!

7. Jaga hubungan dengan ALLAH, jaga batas perbuatan kita, jaga adab bergaul kita, dengan semua, jangan berlebihan, berhati-hati dengan PUJIAN kerana PUJIAN tu buatkan kita mulai riak dan mendekati sifat-sifat buruk syaitan. Juga ingat untuk jangan putuskan silaturrahim, sebab perbuatan ni mengundang putusnya rahmat ALLAH kepada kita. INGAT TU !!

8. Semua yang pernah hadir dalam hidup Nadh adalah anugerah, sebab ALLAH pertemukan rahsianya milik ALLAH, tapi semestinya ada sebab n musababnya, ingat, walau sepahit dan seperit mana ujian yang pernah melangkah dalam kamus hidup kita, TU ADALAH KASIH SAYANG ALLAH !!!, ALLAH uji sebab dia rindu nak dengar suara kita merintih, mengadu kepadanya, mintalah dan ALLAH akan makbulkan, sekiranya belum, mungkin belum tiba masa, atau mungkin juga, yang kita pinta tu sebenarnya bukan yang TERBAIK yang ALLAH nak bagi dekat kita, syukur lah dengan apa yang diberi. 

9. Persahabatan tu ibarat cermin kepada diri, dimana sekiranya yang cermin dipunyai itu cantik dan berkilat, dia akan membantu kita melihat kekurangan pada diri dan menegur untuk diperbetulkan, tapi sekiranya cermin yang kita punya hanyalah cermin yang pecah dan retak seribu, kita dapat melihat apa-apa melainkan sedikit2 sahaja yang kita nampak indah. Jadikan persahabatan tu satu yang indah untuk memperbaiki diri kita. “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

10.  Doakan Nadh dapat jadi yang terbaik buat semua, dan jadi yang terbaik buat semua yang lalu dalam idup Nadh. Doakan Nadh dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik dari siapa Nadh sebelum ni, doakan Nadh dapat jadi apa yang Nadh nak jadi, Nadh ingin benar jadi seorang yang menginspirasikan perubahan sepertimana sifu-sifu Nadh. Nadh tak harap pape dari sapa-sapa, Nadh cuma nak tengok semua gembira dalam hidup ni dan semua kita ada dalam limpah kurnia ALLAh dan semua dalam redha ALLAH.



Note :: Terima kasih kerana membaca, Alhamdulillah, selesai jugak kempen ni walaupun sangat lambat dari tarikh sepatutnya Nadh tamatkannya, faktor luaran tu banyak selain tiada perasaan nak selesaikan entry ni. Jadi buat semua, ALL THE BEST dalam hidup. ALLAH sayang kamu. :D

Saturday, 14 May 2011

Day nine : 10 ways to win Nadh's heart

Assalamualaikum.

Wahhhh.. Actually Nadh terkejut sebab baru perasan dah hari ke-9 rupanya kempen 10x10 Nadh ni.
tak sangka plak dah dekat nak tamat dah kempen ni. Adakah lepas ni Nadh akan cari kempen baru sebagai untuk mengisi posting-posting nak penambahbaikan untuk menarikkan belog Nadh yang tak seberapa ni. Tapi tak apa lah, cuma buat yang terbaik untuk kepuasan diri sendiri. 

Tajuk hari ke-9 adalah. 
" 10 ways to win your heart "
Before mula, penting ka untuk Nadh kongsi hal ni? ahahaha. tak apa lah, menjawap soalan kan. Layans.. :P
1. Jadi diri sendiri. Sebagaimana Nadh tak menyorokkan diri sebenar Nadh tiap kali bersama orang, Nadh juga harapkan orang akan menjadi diri sendiri ketika bersama Nadh. ini penting untuk keselesaan Nadh. Benci sangat orang bermuka-muka ni, sebab tu Nadh selesa jadi diri sendiri.

2. Jujur. Ini sangat penting, sebab Nadh cuma berlaku jujur, sebaiknya buat apa yang Nadh dah buat sebagai balasan atau sebagai untuk membuktikan diri anda.

3. Dengar cakap. Nadh seorang yang very straight forward bila berkata-kata, tambah bila kait dengan hal-hal salah dan betul ni. Nadh akan tegur, "tanpa lapik" dekat yang terdekat dengan Nadh. Sebab Nadh rasa selesa terpulanglah terima atau tak, terima bagus la, kalau tak pun, Nadh tak leh wat apa.

4. Penampilan, sebenarnya ini juga memainkan peranan juga la, Hint : Nadh suka sangat-sangat-sangat perempuan berpakaian muslimah sejati ni, tudung labuh, lepas tu  jubah ka, tangan dan kaki berstokin, perghh.. seyes cair tengok. Ni dibuktikan aa.. Serious.!! Sejuk sangat mata Nadh tengok, sejuk mata = sejuk hati. Paham kot? ahahahahhaha.. :P

Hurmmm.. Rasa Nadh nak cita takat tu saja, lain hampa tanya la dekat yang dah menang hati Nadh ni. atau paling senang mai jumpa dengan Mama, atau dengan Adik-adik Nadh, depa tau la tu. Mama paling paham dengan anak dia sorang ni. Nak tau lebih? p cari Mama na.. Nadh nak p tdoQ dah la. sok pagi sygss ajak ikut depa p potosut plak dah.. layan ja la.. tengok depa senyum, Nadh pn rasa puas. Doakan kami na. :D mgkn later kami akan hapdet photos kami nanti. :D

Thursday, 12 May 2011

Day eight : 10 of Nadh favourite songs

Assalamualaikum.

Kempen 10x10 di hari ke-8. Agak selop di situ sebab Nadh ni men dengar ja lagu-lagu ni.
bukan tau sangat pun.. ntah camna nak menjawap soklan hari ke-8 yang berkisar mengenai 
"10 of Nadh favourite songs" 

1. Buatmu Ibu. Favourite all time. Dari dlu sampai sekarang.

2. Ae Man - Di Pondok Kecil. Lagu ni buat ayahanda tercinta. Lagu ni pernah jadi ringtone HP Nadh. Nadh tak reti nak tunjuk syg kat Ayah sebab Ayah ni dia tak macam Mama. Kekadang call tu, walau dok kata rindu sebelum call, tapi masa call leh jadi selop tatau nak cakap apa. Tindakan Nadh la akan cerminkan teringat kat Ayah tu. Antaranya dengan Lagu ni la.

3. Ae Man - Ayah. Baru-baru ni kenai plak dengan lagu ni. Seyes tacing la lagu ni. pasai lagu ni memang sangat tacing la. tak caya cuba la dengar.. baru kita nak sedar diri sikit, apa kita dah buat.. ketelanjuran kita, kekhilafan kita, kesalahan kita dalam kita tak sedar pada Ayah. Dan dengan itu, terus lagu ni jadi lagu pebret.

4. Haddad Alwi ft Farhan - Ibu . Antara lagu baru yang jadi pilihan Nadh sekarang. Maybe sebab bersifat ke Mama dan Ke Ayahan kot. hehe.. kerinduan melanda.. T.T

5. Ainul Mardhiah. Lagu mengenai Bidadari paling cantik dalam Syurga. Sebenarnya lagu ni dah la tersangat lama kan, tapi masih dilayan halwa telinga Nadh. Tiap kali dengar lagu ni, hati terbawa-bawa kepada kisah sahabat Nabi yang Syahid yang termimpi-mimpi akan Ainul Mardhiah. Hebat sangat.. Syahid tu.. Entah di mana lah kita ni sekarang, Syahid? moga2 diizinkan ALLAH, Amin.

6. Kalau orang suka lagu Maher Zain - For The Rest of My Life, Nadh suka lagu Always Be There. Sebab lagu ni nak terangkan, tiada yang leh kita harapkan selain dari ALLAH, masa kita susah senang DIA adalah satu-satunya yang takkan tinggalkan sisi kita.

7. Lagu yang tak ada suara. Contoh terbaik adalah Lagu Kenny G. Serious in love dengan semua lagu-lagu dia. Best sangat..Menenangkan. Satu lagi adalah Caravansary by Kitaro. Hohoo.. dah mai dah mood tu.. lalalalalalala~~

8. Istikharah Cinta. Lagu baru jugak ni. Yang menjadikan dia lagu Nadh suka sebab lagu ni ditujukan khas buat Nadh dan si dia. hehe. maceh pada sorang sahabat sebab lagu ni. Juga Nadh tak lupa lagu Muhasabah Cinta yang jika diamati setiap bait kata dia tu, ada message yang sangat dalam yang tidak kita sedari. :D

9. I Dont Want To Miss A Thing by Aerosmith. Kenapa? Sebab Nadh pn tak mahu hilang walau sesaat untuk Nadh habiskan bersama yang Nadh sayang.. :D

10. Semestinya tidak akan ada irama terbaik yang menjadi hidangan halwa telinga Nadh melainkan Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran setiap hari. Menenangkan. Tiada yang lebih best dari mendengar ini. Buat jiwa hanyut dalam irama kemerduannya. Terbaek...Ni buat tatapan pembaca. Jika ada yang nak berkongsi apa dia yang selalu menjadi tatapan Nadh saban hari. Andai berminat sila tunggu dan dengar sambil baca tiap bait maksud yang dah diterjemahkan dalam ni. Moga kita semua mendapat manfaat dan peringatan dari kisah dalam Surah ni. Amin.



Note :: Dalam hidup Nadh kan, Nadh selalu ja gunakan lagu sebagai untuk menyampaikan kata, sebagai untuk Nadh sampaikan message tertentu. Pada yang ada dengan Nadh tahu la perkara ni. Siap ada jugak seorang sahabat pernah menangis sebab Nadh sampaikan perkara ni melaui lagu. Dan kalau nak tau, Seseorang tu selalu ja kena menda ni. Tobat dia mencik kalau dia baca ni.. ahahahahahahahahha.. 

Note lagi :: Tika entry ni ditulis, terdapat perasaan rindu yang amat sangat dekat Family Nadh. ingat memang minggu ni nak balik, tapi mengenangkan sekarang ni duit belanja telah dicatu, Nadh terpaksa  pasrah la. Tapi sangat sakit jiwa dok tingat kat kampung. Perlukah Nadh abaikan? tettttt~~ ahahahahahahaha

Wednesday, 11 May 2011

Day seven : 10 important people

Assalamualaikum.
Hari ke 7 kempen dah ni.
10 MOST IMPORTANT PEOPLE pada Nadh.

1. Mama. Semestinya sebab Nadh sangat taleh pisah dengan Mama. ni dok jauh ni tatau la nak kata macam mana ni. Kalau sehari tak contact nt Mama isau la. Mama terasa. Tu Nadh cuba tanak buat Mama sedih, kecik hati ng Nadh.

2. Ayah. Superhero Family Nadh. simbol kekuatan anak dia ni. Mungkin Nadh tak berapa rapat ng Ayah. tapi hakikat yang Ayah sumber kekuatan Nadh langsung Nadh takleh nak nafikan. Hari-hari Nadh akan teringatkan Ayah macam Nadh tingatkan Mama n Adik2 Nadh.Tak caya leh tgk enpom keja Nadh. Pic Ayah Nadh jadikan wallpaper. Semangat Nadh :D


3. Jiah - Ni satu-satunya adik perempuan yang Nadh ada. Mesti la penting. Kekadang dia ni degil cket, tapi leh lagi la nak cakap pape. dengar kata jugak. Cuma perangai dia yang Nak tu Dapat tu, memang macam abg dia.. hihihi..

4. Adik - Hat ni sapa tak kenai huh? Mr. Afro aka jurukameraman Nadh nanti. hihi. dia sangat sukakan pada photography, Nadh ada jugak fikir hari tu nak adiahkan kat dia Macro lens. Tapi last fikir-fikir balik, tak jadi sebab Nadh nak didik dia macam Nadh n Jiah yang akan bersusah payah dapatkan sendiri apa yang kami mahu. Nak dia pun berdikari, bukan tak mampu nak beri, tapi kalau dimanjakan sangat, nanti satu hari abg dia dah takdak kat dunia ni da mereput dalam kubur tu, sapa lagi dia nak bergantung? so dia kena la belajar dari sekarang.

5. Tok Mak - tak dapat dinafikan la. Sebab Nadh memang manja ng Tokmak. Tak caya ada satu entry pasai Nadh merap nak makan laksa yang tokmak ng mama ikut ja la Nadh yang nak makan ni. hihi Setiap kali kalau balik Penang Mesti akan p melawat Tokmak. Mungkin jugak sebab dulu masa kecik-kecik dia yang asuh n jaga Nadh kot.

6. Semua ahli keluarga Nadh. Takdak depa takdak jugak la kegembiraan Nadh masa balik kampung kan? :D

7. Dem Crewz. Depa ni 3 tahun duduk dengan Nadh maunya Nadh tak sayang. Banyak sangat kenangan dengan depa. Yo lah, jadi Adik dalam kumpulan ni kan. Sekarang ni most of them da kerja. n ada jugak yang dah kawen pn. Nadh mendoakan yang terbaik la untuk depa suma. Bulan depan turn Pak Long plak. lepas tu sapa ae? Adik ni lambat ag kot.. hihihi

8. Kawan-kawan rapat dari zaman sekolah Nadh. Dari zaman sekolah kan, tak dinafikan la depa antara yang paling kenai dengan Nadh. lama dengan depa kan, yang paling masak dengan pangai Nadh pn depa jugak. Nadh sayang depa suma ni jugak.

9. .Adik beradik KBU Nadh. Tak perlu la nak cita banyak kan? "  We Are Family " sapa ada dalam group ni depa tau la. sangat happening. Serious!! Walau Nadh paling pendiam antara suma, Nadh tau depa ni hati baik, pandai jaga diri, sentiasa fikir kat adik badik lain. Tak caya? ampa leh tengok kat entry depa p hantar Artis balik kampung NI.

10. Kawan-kawan tempat kerja Nadh. Depa ni supportive. tak tipu, Nadh rasa macam rapat sangat dengan depa, sebab depa jaga Nadh sebaiknya sepanjang Nadh kat sini. special thanks jugak family angkat Nadh kat sni yang jaga Nadh n layan Nadh sebaiknya masa Nadh kat sini. Nadh takleh nak bagi pape melainkan doa anda suma akan berbahagia dan sntiasa dalam rahmatnya. :D




Note :: oihhh.. Satu Missing la. rasa tak perlu la nak sebut kan? :D kita lebih tau apa dia semuanya kan? :D Cuma nak minta didoakan aja. maceh. :D

Tuesday, 10 May 2011

Day six : 10 items Nadh can’t live without

Assalamualaikum.
Hari ke Enam dah ni. macam tak percaya plak dah 6 hari Nadh berkecimpung dalam kempen 10x10 ni.
Baiklah, hari ke 6 akan bercerita mengenai 10 yang Nadh taleh hidup tanpanya.

1. Semestinya Frame n Lenses..I LOVE MY BLOG SOOOOOOOOO MUCH.

2. Lappy. <-- kalau ada orang pasan, sebaik Cik Lappy sehat semalam. terus ada entry kan? menandakan betapa meroyannya Nadh tadak passion menulis hanya disebabkan kerana dia majuk.sekarang ni alhamdulillah kembali kepada keadaan di mana setiap apa yang nampak ditukar menjadi entry. Syukur sebab dah mula berkira-kira untuk cerpen terbaru lagi kot.

3. Berokbeng. ada Lappy, tadak mendalah ni pun tak guna jugak la sebab Nadh taleh nak online kat mana Nadh benti kan? jadi dia juga agak penting di sini. :D

4. Ipong Nadh. hat ni kan message private masuk. semestinya la penting. Semenjak dia dihapgrade guna selkom, kepentingan dia sangatlah tidak boleh dinafikan lagi sebab dia sumber maklumat terbaru dari Mama. hihi.. :D <-- tamo cita banyak sat rdu susah. Semestinya tpom Mama, Ayah, Jiah n Adik gila weyh, kalau tadak tpom Mama camna nak call Mama. :P tadak tpom Ayah camna nak call Ayah? adik2 pun sama. :D

5. Number tpom 012 Nadh. yang ni adalah number yang akan dipanggil oleh kawan2. termasuk adik badik KBU. tadak yang ni tekanan jugak la..

6. Satu folder dalam lappy ni. Dalam tu ada sumber-sumber rujukan untuk perkongsian ilmiah Nadh. Selalu  rujuk dalam tu dulu sebelum keluarkan entry.

7. Spek Mata Nadh ni. I rabun trok-trok weyh.. tadak hat ni. konpem la membuta  (<-- bukan tdo la. ) la Nadh seharian. :D

8. PSP ku sayang.. :D <-- walau sekarang tinggal dekat Penang bagi adik2 main. :D

9. Yang banyak berjasa Moto yang menjadi transport asas kat sini. Juga maceh kepada enchik kereta yang menjaga diri dengan baik untuk kegunaan Ayah n Mama tersayang.. :D

10. Hadiah-hadiah yang pernah diberikan pada Nadh. sangat hargai menda2 ni.. Suma ada sentimental value pada Nadh. .:D


Note :: Baru2 ni moto kena langgaQ kot. abeh bengkok absorber tu. ni baru tukaQ la ni.. Syukur lah ada rezeki sikit nak tukar tu, kalau tak jenuh.. huu..

Monday, 9 May 2011

Day five : 10 Wishes

Assalamualaikum.
Menyambung kembali kempen 10x10 hari ni.
hihi.. baru pasan yang terlupa nak hapdet sal ni hari ni.
Tajuk hari ke 5 adalah - 10 Wishes

1. Nak bawa Ayah, Mama, Jiah dan Adik pergi Mekah menunaikan Haji dan Umrah bersama. Lagi awai lagi bagus.

2. Nak bawa Ayah, Mama, Jiah dan Adik pergi bercuti ke serata dunia. mesti besh kan dengan 2 adik Nadh tu. depa sangat happening tau dak..

3. Nak bawa Ayah, Mama, Jiah dan Adik, mai tinggal dengan Nadh kat KL. atau Nadh sendiri balik sana tgl dengan depa.. hehe

4. Nak buat rumah yang besar dekat Ayah dan Mama, lepas tu bilik banyak supaya Nadh, Jiah n Adik ada sorang satu bilik. n Rumah luas ni keliling ada ruang yang besar untuk Nadh tanam pokok-pokok buah, mempelan (telur, apple, harum manis), Jambu (batu , air), Amra, Rambutan, Kelapa, Ciku, Langsat, Duku, Dokong, Manggis, Belimbing, dan tak dilupakan Durian. ahahaha.. peduli apa Nadh, janji nak makan segala ada dalam umah. Ada daun2 nak wat laksa pn patut aa, daun kesum, bunga kantan. wahhh.. suka sangat..

5. Nadh pastikan Ayah, Mama, Jiah dan Adik dapat yang terbaik ja, nak apa suma nak kena bagi, supaya depa slesa dan gembira.

6. Nak bagi Mama n Ayah,  Menantu. n Cucu. Nak bagi Jiah n Adik dapat Kak ipaQ n anak menakan.. lalalalalalala~~

7.  Nak selesaikan segala hutang. Lepas tu cuti sebulan nak p ngaji pondok. Doa sangat dapat dicapai. Moga satu hari nanti yang mendidik anak-anak tu dari Nadh yang mengajar anak mengaji,. Amin.

8. Nak berjaya dalam kerjaya. Tak kira apa yang dibuat arap dapat sukses. Doakan dapat jmpa satu yang dapat beri pendapatan tetap dan baik.

9. Arap sangat dapat tarik yang ada di sekeliling ni untk betul-betul berpegang pada jalan ALLAH. Sama-sama wujudkan satu pasukan membetulkan pemikiran umat islam yang makin lama makin sepi ni. Juga nak betulkan palotak yang kat atas-atas sana tu. Islam ini Syumul, digunakan untuk SETIAP KETIKA bukan untuk certain-certain keadaan sahaja. <-- arap jugak yang ni, selagi kita dok macam sekarang, lembik la Umat Islam kat Mesia ni. Pastu kena buli cam apa lagi. 

10. Ni impian terbesar, arap dapat jadi Imam, dapat jadi pendakwah yang dapat berdakwah pada orang ramai. Seperti Ustaz Kazim, Ustaz Abdullah Khairi yang menjadi ikutan dan idola. Moga diizinkan. Amin.

Note :: Sekadar impian dan permintaan diri sendiri yang rasanya tidaklah sehebat insan-insan lain didunia, cuma cukup sekadar dapat melihat kegembiraan dan kebahagiaan yang disekeliling dah cukup untuk meletakkan rasa gembira pada diri sendiri juga. Moga dapat dicapai. Amin. :D

Saturday, 7 May 2011

Day three : 10 things Nadh hate

1. Tak suka PENIPU. Tolong jangan tipu Nadh sebab tipu akan sebabkan Nadh ilang kepercayaan Once and for all. (<-- oihh betoi ka ayat ni? ahahah ) Dipendekkan cita macam tu la.. Buat bakal-bakal dan si penipu, sila jauhkan diri dari Nadh sebab sangat tak suka kamu.

2. Tak suka ada orang kaco Adik-Adik Nadh, Family Nadh. Depa tu Permata Nadh okeh, nak gado, nak cari pasai, nak wat apa pn, mai cari abg ni dulu, kemudian baru p cari adik-adik. Nadh takkan benarkan menda tu dari berlaku. Langkah mayat Nadh dulu baru cari depa.

3. Tak suka bila keluar dan nampak orang bogel banyak sangat kat Mall tu. Selain dari tak suka bersesak-sesak, peningkatan manusia-manusia bogel dekat Mall adalah turut menjadi punca mengapa Nadh sangat kurang keluar ke Mall kat luar n lebih selesa duduk rumah dan kua bila perlu sahaja. Menjaga pandangan mata dan jaga hati dari semak tengok orang. :D

4. Tak suka bila Nadh tidak di cari bila diperlukan. Sebab Nadh nak ada waktu diperlukan, dan selepas tu terpulanglah.

5. Tak suka apa yang terjadi dulu. Nadh di katakan MENGAWAL, serious hal ni dah lukakan hati Nadh satu masa dlu, tapi apakan daya Jodoh pertemuan di tangan ALLAH, "Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".. Alhamdulillah, kejadian tu menyedarkan Nadh, dan sekarang pn berhati-hati sangat, juga sangat bersyukur sebab Hikmah dah ditunjukkan. Syukur sebab dah okeh..

6. Tak suka lihat orang luar yang begitu keduniaan sangat. Hati rasa sedih melihat yang di sekeliling alpa menunaikan apa yang ALLAH perintahkan.. T.T

7. Tak suka nak ada rasa Tak suka dekat orang, dan tak suka ada rasa menyampah dalam hati. Sebab tu mana yang buat Nadh rasa semak pala tengok, menyampah, yang leh wat ati Nadh sakit, maka dengan rajin tangannya, akan meng-click dekat UNFRIEND atau BLOCK terus manusia tu. Senang hati sebab hari-hari berikutnya takkan nampak lagi, HATI PUN SENANG.. ahahahahhaha

8. Tak suka bila tengok Naruto mai tang part hat best tu, dah berbunga-bunga hati tu nak tau ending, tetiba plak dah habis part tu, kena la tunggu seminggu lagi untuk cerita baru keluar.. hihi.. Penantian tu satu penyiksaan bila mai tang ni, tapi kalau tang lain penantian tu satu proses bak kata Sifu .

9. Tak suka duduk jauh dari Mama, Ayah n Adik-adik.. nanti rindu.. huuu.. T.T

10. Tak suka ada perasaan BENCI dalam hati, sedang belajar untuk SUKA tiap apa yang terjadi, dan belajar kesian dekat orang yang ditimpa musibah menjadi jahat, atau buat perkara yang tak baik, dan mendoakan depa agar kembali ke jalan yang benar. Mungkin ni satu ujian jugak buat depa kan? :D


Note :: Hate dalam ni bukan bererti BENCI, cuma TAK SUKA. Nadh tak suka hadirkan rasa benci dalam diri, kecuali perkara yang dah SAH-SAH diharamkan dan dibenci ALLAH dan Rasulullah. Apapun, jangan ada rasa benci dalam diri, benci ni ibarat titik hitam dalam hati, hadirnya bukan hanya menyemak kain putih, tapi lama kelamaan akan sebabkan kain putih menjadi kotor dan jijik. Sila jauhkan ya. :D

Friday, 6 May 2011

Day two : 10 things Nadh Love

1. Semestinya Makan. hihi.. ni kalau balik umah ni seronok. nak apa cakap ja. Mama melayan ja anak dia ni.. hehe..Sanggup tu kua jenjalan cari bahan demi nak masak.. hihi

2. Cik Frame and Lenses. hohhooo.. tersangat la sayang dekat dia.. tak caya. leh baca entry khas NI, Ni, Ni untuk dia.. :D KHAS untuk dia tau.. :D

3. Enchik Lappy. sangat la penting. bayangkan la. dia majuk seminggu Nadh da jadi tak ketahuan punca. Nak bercinta dengan Cik Frame and Lenses pun tak boleh. TEKANAN!!

4. Cik PSP ku syg, ni lagi satu cinta ati jugak la. leh tengok entry NI dan NI. Khas untuk dia. :D
Note tu PSP: walau kita jauh, tak bererti kita tak dekat di hati kan? wiwit3.. rindu kat dia.. :D

5. Love my empom. Skang ni pakai ipong n E72. sayang dua-dua ni. Ipong sebab dalam SMS karun yang tersimpan sejak sekian lama (lama la sgt kan? ahahahah). dan E72 ni sebab Mama yang pilihkan enpom ni. Sebenarnya Nadh mmg macam tu, banyak kali tuka empom, tapi tak pernah jual, sebab sayang. biarlah tak pakai letak dalam kotak takpa, nak juai, tak mungkin la.. sygg~~

6. Suka sangat kaler Oren. Tapi hairan, barang banyak kaler Merah. Walau bagaimanapun, Merah juga disukai, sebab terang kan? kalau tak tade la beg lappy kaler Merah kan? hehe..

7. Suka betul p jenjalan. Paling suka pergi dengan Mama, Ayah, Jiah n Adik. Walau Mama tak penah nak ikut, kalau kami 3 pergi berjimba, suka-suki, tapi niat kat dalam hati nak bawa semua p bercuti ujung tahun ni akan diusahakan jugak, tak sabar tunggu masa tu.. :D

8. Suka rasanya dihargai. dan menghargai. Kegembiraan orang tu wat Nadh plak rasa nak terbang sebab sonok. hee..:D

9. Books. walaupun baru berputik kembali cinta kepada membaca ni, tapi rasanya menarik minat ni. perlu diteruskan.

10. Futsal. Yang ni memang la sangat suka, Tapi sayang sebab kawan-kawan dekat KL ni suma agak pasif. tak active. dan maka dengan itu pun mengumumkan, Nadh la akan jadi mangsa lagi bila balik Penang men untuk Sagongnyor ni.. hwahahahahaha.. duii la.. kena belajar berkenalan dengan orang yang main bola ni.. :D



Sebenarnya, ada banyak lagi yang suka, tapi biarlah ini saja yang diceritakan. Nak tahu lebih, berkenalanlah dengan Nadh, dan kamu akan tahu apa dia lagi tu,. :D

Thursday, 5 May 2011

Day one : 10 things about Me

1. Nama Penuh Nadzri Bin Azlan. Dalam FB Nadh Zher Ee atau sama dengan menyebut Nadzri dengan 3 perkataan asing. PHONETICS. ada sapa penah dengaQ tak? :P Orang panggil Nadzri, bahasa diri dengan family sebagai Arie, Abang. Kawan-kawan panggil Nadh, Ee, Nadzri, Roy, Adik.

2. Lahir kira-kita bertahun-lalu di Hospital Bersalin Pulau Pinang. Ketika Nadh dilahirkan sedunia bergumbira, dan Nadh ngs, sebab tekejut tengok terang sangat kat luaQ. Nadh nak cuba pastikan masa Nadh pergi nanti, satu dunia plak merindui ketiadaan Nadh nanti dan mendoakan kesejahteraan Nadh kat sana. :D

3. Adalah anak Pertama dari 3 Adik Beradik yang comel lagi ganas (uikz? ganas toi ka ni? ahahha). Nak kenai adik-adik Nadh leh tengok la entry lama-lama, atau leh rajinkan diri tengok kat dalam pesbuk Nadh. Tapi yang pasti Nadz Power of 3 tak lengkap kalau tadak salah satu dari depa. Lap u la Jiah n Adik.

4. Adalah sorang yang rajin sebab hari Isnin sampai Jumaat keja sebagai kerani Boss yang buat pojek Meksis. Manakala Sabtu Ahad plak study kat UTM Jalan Semarak, amek course Letrik.



5. Gentle cakap, Nadh Anak Manja Mama. lalalalalalalala~~








6. Suka abiskan masa dengan Blog kesayangan. ada orang penah kata la, Blog ni Chenta Hati Nadh. Tapi setelah bertahun bercintan cintun dan Blog tak brubah jadi perempuan, Nadh telah mengambik keputusan nak bawa diri yang lara p cari marka dalam alam nyata.. lalalalalala~~

7. "Teman bergelak bersuka suki berjimba berguling-guling senang dicari, tapi teman bersedih bertacing-tacing susah nak jumpa sebab lazimnya orang akan ada waktu suka ja, waktu duka, orang akan pergi" Jadi Nadh letak dalam diri, akan sedaya upaya ada dengan kawan-kawan Nadh yang perlukan Nadh, dan takkan tinggalkan depa, tapi setelah selesai berkidmat, Sekiranya depa dah tak perlukan Nadh pn Nadh tak rasa pape, sebab Nadh da set dalam diri macam tu. Nadh nak ada waktu diperlukan, waktu dah depa selesai berkongsi, n dah selesai dah okeh, tanak kat Nadh pn Nadh tak rasa pape. Cukup la ada waktu diperlukan tu, itu kegembiraan Nadh. taleh dipersoalkan. :D

8. Sedang belajar jadi seseorang yang lebih baik. Dari semasa ke semasa.Ada satu impian besar yang tanak dikongsikan dalam ini. TAPI mintak doakan sama-sama ya. maceh. :D

9. Sapa dah kenai tau la macam mana, Tak pernah sunyi dari berkata-kata. hihi, bukan makna tak reti dok diam, cuma tak pandai nak senyap ja.  Sebab tu bila berdiam diri orang akan pelik sebab masa tak berapa sihat pn masih hyperactive.. hihi. lalalalalalala~~ :D

10. Family Man. Family first. Sebab tu bila balik Penang, jarang gtau kawan-kawan sebab tanak kawan amek hati tak p jumpa depa. sebab Nadh nak maksimakan masa bersama keluarga. Sangat lebihkan keluarga dalam apa hal pun. :D


Nantikan hari kedua ya.
Maceh kerana membaca. :D

10 x 10 = 100 Things Bout Me

Assalamualaikum..

Baru selesai melelawat blog sahabat sana lain sini lain NI.
Dah DUA hari dia wat entry pasai 10 Perkara ni.
Nampak sangat menarik la.. teringin nak join jugak..
Tapi macam segan ja? sebab soklan dia Omputih.  Nadh kampung. ne reti beromputih sgt ni.. huu.. T.T
Apa pun jum kita semak tengok apa dia soklan 10 Perkara ni.

Day one : 10 things about you
Day two : 10 things you love
Day three : 10 things you hate
Day four : 10 things you want to say to one person
Day five : 10 wishes
Day six : 10 items you can’t live without
Day seven : 10 important people
Day eight : 10 of your favourite songs
Day nine : 10 ways to win your heart
Day ten : 10 final words


10 Perkara Sehari DARAB 10 Hari = 100 tentang diriku..
Ada sapa mahu? jum reramai.. pastu kita COPY-PASTE link kat sini.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA