Followers

Saturday, 21 May 2011

Day ten : 10 final words

Assalamualaikum.
Entry terakhir untuk kempen 10x10 Nadh
Hari terakhir berkisar mengenai " 10 Final Words " dari Nadh.

1. Maaf. Buat semua yang ada bersama, yang berkenalan, yang rapat, yang terjumpa, yang tertempuh bahu, tersembang, terSMS, terCall, TerFollow belog ni, semua la yang ada kaitan ng Nadh dalam sengaja atau tidak, Nadh nak mintak maaf bebanyak andai ada salah dan silap pada smua.

2.Seandainya perlukan bahu untuk bersandar, perlukan telinga untuk mendengar, sila jangan memalu nak bagitau Nadh, insyALLAH bersedia ada untuk mendengar, untuk berkongsi. :D 

3. Dalam kita asyik berdunia ni, sama-sama la kita memandang destinasi akhir kita nanti, diibaratkan kita sekarang berada dekat tukun ikan, di mana mudah sangat nak dapat "ikan" kat kawasan ni semasa memancing, TAPI andai diri kita tak manfaatkan peluang berada kat "tukun" ni, bila kita enjak ke kawasan lain, RUGI SANGAT, sebab tak banyak "hasil tangkapan" kita.

4. Nadh sayang semua. 

5. Sila menegur sekirannya Nadh ada tersilap, dan tersalah, berasa gembira sekiranya ada yang menegur kesilapan Nadh. Tiada manusia yang LENGKAP didunia ni, bermakna, Nadh juga, jadi Nadh juga mungkin ada bila-bila tersilap cakap, terkasar bicara, tersalah langkah dalam bersosial. 

6. Elakkan kita dari berdosa kepada Mama n Ayah kita. INGAT, dari mereka la kita datang dulu, dari susah dan payah mereka lah dulu kita dapat besar sampai macam sekarang ni, dari titik peluh depa la kita dapat makan satu ketika dulu, INGAT JASA DEPA!! JADILAH ANAK SOLEH DAN SOLEHAH BUAT DEPA YANG MENDOAKAN KEBAHAGIAAN DEPA DIDUNIA N DIAKHIRAT, JADI SEORANG YANG KUAT BERUSAHA UNTUK KEBAHAGIAAN DEPA, Hilang BF, ilang GF, dibuang kawan ka apa suma, bukan apa jika nak dibandingkan dengan kehilangan depa, HARGAILAH DEPA SEBAIK-BAIKNYA !!!

7. Jaga hubungan dengan ALLAH, jaga batas perbuatan kita, jaga adab bergaul kita, dengan semua, jangan berlebihan, berhati-hati dengan PUJIAN kerana PUJIAN tu buatkan kita mulai riak dan mendekati sifat-sifat buruk syaitan. Juga ingat untuk jangan putuskan silaturrahim, sebab perbuatan ni mengundang putusnya rahmat ALLAH kepada kita. INGAT TU !!

8. Semua yang pernah hadir dalam hidup Nadh adalah anugerah, sebab ALLAH pertemukan rahsianya milik ALLAH, tapi semestinya ada sebab n musababnya, ingat, walau sepahit dan seperit mana ujian yang pernah melangkah dalam kamus hidup kita, TU ADALAH KASIH SAYANG ALLAH !!!, ALLAH uji sebab dia rindu nak dengar suara kita merintih, mengadu kepadanya, mintalah dan ALLAH akan makbulkan, sekiranya belum, mungkin belum tiba masa, atau mungkin juga, yang kita pinta tu sebenarnya bukan yang TERBAIK yang ALLAH nak bagi dekat kita, syukur lah dengan apa yang diberi. 

9. Persahabatan tu ibarat cermin kepada diri, dimana sekiranya yang cermin dipunyai itu cantik dan berkilat, dia akan membantu kita melihat kekurangan pada diri dan menegur untuk diperbetulkan, tapi sekiranya cermin yang kita punya hanyalah cermin yang pecah dan retak seribu, kita dapat melihat apa-apa melainkan sedikit2 sahaja yang kita nampak indah. Jadikan persahabatan tu satu yang indah untuk memperbaiki diri kita. “Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

10.  Doakan Nadh dapat jadi yang terbaik buat semua, dan jadi yang terbaik buat semua yang lalu dalam idup Nadh. Doakan Nadh dapat memperbaiki diri menjadi lebih baik dari siapa Nadh sebelum ni, doakan Nadh dapat jadi apa yang Nadh nak jadi, Nadh ingin benar jadi seorang yang menginspirasikan perubahan sepertimana sifu-sifu Nadh. Nadh tak harap pape dari sapa-sapa, Nadh cuma nak tengok semua gembira dalam hidup ni dan semua kita ada dalam limpah kurnia ALLAh dan semua dalam redha ALLAH.



Note :: Terima kasih kerana membaca, Alhamdulillah, selesai jugak kempen ni walaupun sangat lambat dari tarikh sepatutnya Nadh tamatkannya, faktor luaran tu banyak selain tiada perasaan nak selesaikan entry ni. Jadi buat semua, ALL THE BEST dalam hidup. ALLAH sayang kamu. :D

11 comments:

nelly said...

<--akan selalu doakan .
=)

fRaMe+LenSeS said...

Acik Nelly :: maceh doakan nadh. :D terharu neh..:D

fathiahRAIHANA said...

semua 10 points sgt brmakna :)

CIK FERRA AWW said...

INSYAALAH :)

cik pulau said...

moga segalanya nadh dapat yang terbaik..aminn...

p/s: now cik pulau btol2 dah pasti pemilik fb itu.. lalala~..^^,

لين Si Pipi Merah said...

HASBI RABBI JALLALLAH~Allah selalu ada....untuk kamu..

kiera'sakura said...

doa yang terbaik untuk nadh.. smoga Allah memakbulkan apa yang dihajati kalau itu yang terbaik untuk nadh...

cahaya said...

adk aka sentiasa mendoa kan yang terbaik untuk abg...adk pon sayang abg juga..^_^

Nana Miyuki said...

Sya masih belum selesai..hahaha..
tp byknya 10final words kamu,,
papon doakan kamu ya :)

fRaMe+LenSeS said...

Fathiah :: maceh.. :D

Ferra :: maceh kamu.. :D

Cik Pulau :: amin2.. mendoakan cik pulau jugak? ehh.. sapa dia tu? :P

Pipi Merah :: betul betul. betul.. :D

Kiera :: amin2.. maceh kamu. :D

fRaMe+LenSeS said...

Wany :: maceh dik. :D

Nana :: hehehe.. byk sgt ka kamu? hehehe.. :P

Buta+Pekak+Bisu=CINTA