Followers

Thursday, 12 May 2011

Panggilan tpom dari sorang abg

Assalamualaikum readers.
Salam sejahtera juga buat yang bukan islam sekiranya ada membaca.

Malam ni nadh tiada apa sangat nak dikongsi melainkan mengenai nadh yang baru sudah berbual dengan abg razak melalui telefon. Saja bual mengenai hidup kami sekarang. Katanya dia akan kembali ke sini dan serah apa yang patut dan dia akan berhenti kerja. Dia sekarang dah syukur berubah idup dia. Sekarang dia kerja supervise staff biras dia kerja. Kereta pun dah dapat bayar, lepas tu nak dapat lagi Dmax sebijik, serious nadh agak kagum n bersyukur dengan perubahan hidup dia.

Bagi diri nadh sendiri sebenarnya agak tergugat jugak la dengar, bukan apa kan, perubahan tu wat nadh rasa happy, untuk dia, tapi dalam masa sama nadh terkenangkan diri sendiri, nadh tak salahkan takdir, malah bersyukur dengan apa yang nadh ada juga, cuma kekadang tu terganggu atas sebab satu kekurangan dekat company nadh sekarang ni, mungkin tu satu-satunya jugak yang downkan nadh kekadang tu ka, tapi nadh masih bersabar sebab nadh amat yakin pada janji ALLAH. Ibarat satu entry nadh pernah buat dulu pasal mengorek emas, jadi nadh pandang dari sudut tu la.

Apa pun nadh serahkan sumanya pada ALLAH. Hanya dia yang berhak tentukan apa dan siapa nadh di masa depan. Terus terang, kekadang nadh sedikit down bila membandingkan nadh dengan orang lain. Keliling nadh adalah yang hebat belaka dalam bidang masing-masing. Dalam dunia blogging, nadh dikelilingi dengan bakat-bakat hebat dan blogger-blogger yang hebat, di segi pelajaran juga, dikeliling nadh adalah yang hebat-hebat, dan banyak lagi bila dibandingkan tu wat nadh rasa rendah diri sangat. Bukan erti nadh menjatuhkan diri tapi baik juga mungkin untuk muhasabah diri tentang apa yang ALLAH dah kurniakan buat masing-masing didunia ni.

Andaikan apa yang nadh ada ni lebih dari apa yang orang tadak, pastinya dia juga akan berkata perkara yang sama. Jadi nadh syukur sangat apa yang nadh ada ni. Cuma nadh pasti akan memikirkan masa depan nadh sekiranya apa yang ada pada nadh hari ni, kurang memuaskan dan kemungkinan juga nadh akan ubah hala tuju nadh. Sebab nadh ada juga berfikir untuk kembali kepangkuan keluarga. Terus terang la kempen 10x10 ni agak mencabar diri nadh kerana kalau ada yang perasan n mengikut, nadh baru sedar yang rupanya nadh cuma nak Ayah, Mama n adik2 nadh ja.

Apa pun, nadh akan bagi sedikit masa lagi. Nadh ada juga sebut dekat abg razak tadi tentang kerja di sana. Kata abg razak, takpa kalau susah nanti mai ja la kerja dekat sini dengan abg. Hii.. Rasa macam seronok plak nak kembali dekat sana, tapi tak apalah, biar nadh bagi masa lagi dekat diri sendiri. Dan sekiranya tidak memuaskan, nadh akan berfikir kembali. Apa pun serah suma pada ALLAH, kerana dalam satu ayat dia ada berkata :
'tunaikanlah solat dan bertebaranlah kamu di muka bumi untuk mencari rezeki'
ayat yang cukup lengkap untuk mnerangkan yang rezeki ALLAH ni ada di mana-mana. Asal ada usaha, dan diizin Dia, insyALLAH ada la tu nati.

Cuma mendoakan yang terbaik untuk diri. Moga diperkenankan.
Amin yarabbal alamin.

6 comments:

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum,nadh..

Rasulullah s.a.w. bersabda “Apabila Allah menghendaki hamba-Nya menjadi baik, maka diberinya kefahaman terhadap agama, dibuatnya zuhud terhadap dunia, dan dibuatnya menyedari keaibannya sendiri (Riwayat Baihaki dari Anas).
Berhenti mengeluh pada nasib ae...
Yg terpenting sekarang adalah ikhlas,kuat dan terus bertahan^^...istiqomah...

Sunah Mohammad said...

moga ape je yang nadh pilih dalam hidup nadh, berdasarkan pilihan yang Allah pilih untuk nadh..moga dipermudahkan ye segala urusan..ameen..

*47!k@# said...

setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing2..bersyukur apa adanya..lau Allah tak bagi di dunia Allah akn bg di akhirat..insya'allah..lau di dunia Allah dh bagi semuanya,,silap2 timbul pulak sifat takbur dan riak..tak gitu??btw ika nak aminkan doa abg..AMIN..keep smilling n go2 chaiyok!:)

miss.Addin said...

setiap org ada kekurangan & kelebihan masing masing , kita perlu bersyukur dengan apa yg kita ada . cuba fikir kan org yg lebih serba kekurangan :)

jgn cepat putus asa, ada hikmah disetiap yg terjadi :) doa itu penghubung antara kita dgn Allah

kuat kan hati, ingat kamu masih ada family yg menyayangi . chaiyok ! :D

kiera'sakura said...

xde laen melainkan doa yang terbaek untuk nadzri...

fRaMe+LenSeS said...

Amin2.. maceh.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA