Followers

Saturday, 14 May 2011

Mengimbau bangun awal pagi nak pergi rombongan

Assalamualaikum dan selamat pagi pada bukan Islam yang membaca.

Nadh nak kongsi cerita Nadh kembali ke Pulau Pinang kepangkuan family semalam. 
Kalau ada yang perasan seminggu ni entry Nadh adalah berkisar kepada Family Nadh semata, sebab Nadh stress tentang kepentingan Family Nadh dalam kempen 10x10 Nadh. Hasilnya Nadh jadi sawan dinosaur kejap dan meronta-ronta nak balik kampung nak tatap muka Ayah, Mama, Jiah dan Adik.

Rentetan dari sawan dinosaur Nadh tu, Nadh terus SMS boss Nadh dan setelah sedikit soal siasat tak macam FBI, Nadh dapat permission untuk proceed balik kampung. Yang bestnya Nadh balik kampung bukan naik bus, tapi sebagai penumpang kepada team Nadh yang nak buat site dekat Penang. (nak kata Nadh amek kesempatan depa p sana pun kata la, yang Nadh tau Nadh leh balik tengok Family Nadh.hihihi )

Seawal pukul 5 pagi Nadh dah bangun, sebab kami plan nak gerak awal, disebabkan takut site tu ada problem, dan selepas sahaja selesai solat subuh dalam pukul 6 lebih, kami pun gerak ke Penang. Nak tahu, perasaan Nadh masa bangun awal tu, teringat plak dekat diri Nadh masa zaman sekolah tu, selalunya masa zaman sekolah tu, tido kurang lena ni masa nak pergi rombongan sekolah ja, rasa tidur tak lena, sebab dok tingat keseronokan masa dalam rombongan tu, tak sabar-sabar rasanya nak bangun awal pagi dan bergerak, (Sebenarnya perasaan masa bangun awal pagi semalam macam tu la, sebijik macam zaman sekolah dlu, tu yang tetiba teringat pasal keseronokan keghairahan bangun awal nak pergi rombongan tu). Hihi. Tetiba leh terimbau zaman tu kan?

Jadi bermula perjalanan Nadh tu, Nadh nak je drive tapi Apis tak mahu plak, dia drive dulu, sampai la lepas ke Simpang Bikam tak silap, Dia pass kat Nadh, dan Nadh pn mulalah memandu dari sana hingga ke Penang. Kami sampai sebelum pukul 10 kat Penang. Berhenti makan dulu, lepas tu, Nadh nak balik dah, tapi budak-budak ni pujuk ajak pergi site, mula tu Nadh memang taknak, tapi since depa pujuk, dan bagi jaminan akan habis awal, Nadh ikutkan jugak la. (walau kami balik lewat jugak dalam kul 6 camtu baru Nadh sampai rumah) 

Meh kita share apa Nadh lalui semalam la. 

 Nadh n So'od

 tangan kiri

 tangan kanan

 dekat Pipi

Lengan Kiri

Ada nampak apa yang Nadh bulat-bulat tu? Saja nak bulat-bula la tunjuk tangan Nadh yang comei lagi lawa.. ahahaha.. (ayat taleh blah kan? ) Sebenarnya Tu semua adalah hadiah Nadh dapat semalam. tu baru sikit la, ada banyak lagi kena ni.. hihi.. So'Od kata pasai Darah Manis. oihhh.. mana ada la.. :P Nadh kata dekat So'od n Apis yang ni adalah sebagai sambutan dari depa sebab tak selalu orang mai lawat depa kat site ni. :D

Apa pun yang Nadh hadapi semalam, penat, ngantuk pa suma ilang sebaik Nadh sampai depan rumah nampak Ayah, Mama n Jiah. Ilang abeh penat-penat Nadh tu, rasa lega dan happy sangat. Syukur Ya ALLAH atas segala kurniaan ini. Alhamdulillah.. :D Nadh syukur dan gembira sangat... :D

4 comments:

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum...ada di penang ya...singgahlah usm nanti...^^
pada nyamuk yg gigit nadh alamatnya dapat kencing manis kut nanti ye....
jaga diri nadh n keluarga selalu...tanpa keluarga siapalah kita yep...

fRaMe+LenSeS said...

Waalaikumussalam. hehe. ada kat Penang la ni.. USM? kamu di sana ae? wahhh.. tingin nak berjumpa dengan kamu.. :D terima kasih na.. kamu juga jaga diri tau..

kiera'sakura said...

alhamdulilah dpt blk jpe family.. sonok la depa dpt blk jpe family.. huhuhu.. darah manis? apakah? hahaha

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: mmg besh.. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA