Followers

Sunday, 8 May 2011

Day four : 10 things you want to say to one person

Assalamualaikum...

Hari keempat kempen 10x10 Nadh.
Hari ini tajuk dia
" 10 things you want to say to one person "

Harap maklum kepada pihak penaja Cik Ana Miyuki sebab Nadh tak sampai hati nak pecahkan entry ni kepada seseorang, sebab pada Nadh, Istimewanya dan indahnya dunia Nadh hari ni sebab ALLAH kurniakan Nadh yang bawah ni.. SEMUA dari depa adalah SANGAT PENTING buat Nadh.


Buat Semua yang ada dalam Photos ni :

1. Arie sayang Mama dan Ayah. Abang Sayang Jiah dan Adik.

2. Arie rindu sangat Mama dan Ayah. Abang Rindu sangat adik-adik abang ni. Nak tau dak,
- Tingat ja setiap masa ada dengan Mama, masa dok merap nak tu nak ini.
- Tingat dekat Ayah masa ayah marah Arie kuar p sana sini seronok tak ingat dunia.
- Tingat berjalan dengan Jiah dan Adik kita p jenjalan panjat bukit la, p berpotosut la, p tengok wayang la.

3. Andai kata semua kegembiraan diri perlu ditukar hanya untuk melihat Senyuman di bibir Ayah, Mama, Jiah dan Adik. nak gtau, Nadh sanggup untuk semua itu.

4. Takkan ada yang akan dapat gantikan Ayah, Mama, Jiah dan Adik dalam hati NadhNadh rasa SANGAT BANGGA SEBAB LAHIR DALAM FAMILY NI.

5. Nadh akan wat apa saja untuk buat Ayah, Mama, Jiah dan Adik berbahagia.

6. Sakit sapa-sapa dari family ni (Ayah, Mama, Jiah dan Adik), sakit jugak la Nadh. Sapa cuba nak mess with anyone from this family will have to pass me first. Im willing to do what i can to protect them, even die for them. I'll be their strongest fortification and biggest thread to you and whoever trying to seperate US.

7. Mempunyai Ayah, Mama, Jiah dan Adik dalam hidup adalah ANUGERAH TERBESAR yang ALLAH dah beri kepada Nadh. dan adalah menjadi TANGGUNGJAWAP dan AMANAH jugak nak jaga semua ni.

8. Melihat semuanya ada di depan Nadh adalah satu KEGEMBIRAAN yang langsung tak dapat nak diluahkan oleh kata, diceritakan melalui cereka, di lepaskan melalui bicara, tapi hanya hati dan jiwa memahami betapa BAHAGIANYA bila ada Ayah, Mama, Jiah dan Adik bersama.

9. (Tak doa pun, moga dijauhkan) Tapi Sekiranya satu hari, diperlukan untuk satu berkorban untuk mana-mana dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik, Nadh sanggup, sebab Nadh cuma ada satu ja Ayah, Mama, Jiah dan Adik, depa LEBIH PENTING dari Nadh sendiri. Nadh wat apa saja untuk depa.

10. Andai kata salah seorang dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik ada bersama, nak minta maaf andai Arie sebagai anak kepada Ayah dan Mama ada buat salah pada Ayah dan Mamaa. Nak mintak maaf kepada Jiah dan Adik andai Abang ada buat salah atau pernah mengguris hati salah satu dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik. Nak minta maaf andai kata Arie, sebagai anak Ayah dan Mama, dan Abang sebagai Abang kepada Jiah dan Adik tak berjaya nak buat salah satu dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik berasa bangga dengan Arie / Abang. Minta Maaf sangat-sangat untuk segalanya, Arie / Abang akan berusaha sedaya upaya untuk tu, untuk jadi salah satu yang terbaik dalam idup Ayah, Mama, Jiah dan Adik sepertimana semua dah jadi YANG TERBAIK dalam hidup Arie / Abang. Terima Kasih Semua, Untuk Segalanya. 

Mohon sama-sama kita menadah tangan dan mengaminkan Doa Nadh ni. Maceh.

Bismillahirrahmanirrahim
"Ya ALLAH, Alhamdulillah, Nadh panjat setinggi-tinggi dan sebesar-besar rasa syukur kerana hari ini ALLAH kurniakan Nadh Ayah, Mama, Jiah dan Adik, Nadh benar gembira Ya ALLAH, Nadh benar berbahagia bersama mereka, Mempunyai mereka adalah salah satu dari hal-hal terindah yang pernah berlaku dalam hidup Nadh, memiliki mereka adalah satu amanah yang ALLAH kurniakan buat Nadh.

Ya ALLAH, Izinkan lah Nadh, untuk menjaga mereka sebaiknya Ya ALLAH, Berikanlah Nadh kekuatan untuk melindungi mereka Ya ALLAH, Izinkanlah Nadh untuk menjadi satu sumber kekuatan juga inspirasi buat mereka Ya ALLAH. Izinkanlah Nadh untuk menjadi seseorang yang dapat berkhidmat sebaiknya kepada mereka Ya ALLAH, izinkan Nadh titipkan tiap kata, tiap hal terindah dalam hidup Nadh, tiap kegembiraan, tiap hela nafas Nadh yang tinggal untuk Nadh menjaga dan berbakti kepada tiap dari mereka Ya ALLAH..

Ya ALLAH, Berikanlah mereka kekuatan Ya ALLAH, Berikanlah mereka kesihatan Ya ALLAH, Lindungilah mereka Ya ALLAH, Rahmatilah mereka dalam tiap hal yang mereka kerjakan,

Ya ALLAH, Tiupkan cahaya Nur Mu kedalam tiap dari hati kami Ya ALLAH, Kekalkan lah rasa sayang yang diberi kepada kami hari ni, Kekalkan jugak yang kami ada sekarang ni sampai bila-bila Ya ALLAH, dan berkatilah hubungan kami sekeluarga Ya ALLAH.

Semoga satu hari nanti Ya ALLAH, kami berlima akan dipertemukan sekali lagi di dalam SyurgaMu yang akan kekal selamanya untuk kami kembali berkasih sayang. Amin Yarabbal Alamin.. "


Note :: Andai kata salah satu dari Ayah, Mama, Jiah dan Adik ada kat depan ni, mesti rasa nak memeluk anda semua, sebab tika entry ni ditulis, hujan lebat sedang menimpa Subang ni.

Sayang Ayah, Mama, Jiah dan Adik sangat3.

7 comments:

nadzli azlan said...

SAYANAG KAMU +++++++++++++++++ !! :)

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

mesti nangis tulis entry ni kn?

huhuhu

fRaMe+LenSeS said...

Adik :: Sayang Kamu jugak. :D

Cik GK :: ahahah.. tettttt~~ :P

.::.MY.s.e.l.f.::. said...

finaz yang baca pun nak nagis.. huuuaa...

finaz aminkan untuk abang nadh.. semoga allah dengar luahan abg nadh..
amen....

fRaMe+LenSeS said...

Finaz, maceh aminkan doa abg. maceh2..

kiera'sakura said...

Amin2 Ya Rabbal Alamin.. sesungguhnya mereka semua bahagia memiliki insan bernama nadzri... =)

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: maceh aminkan. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA