Followers

Sunday, 15 May 2011

Vision Starts the Mission

Assalamualaikum.

Baru ja selesai makan ni. Tak sangka tengah makan leh dapat ilham. 
"Mission was born from vision. Whether it end up in a success or failure, its worth trying. "


Sebenarnya ini dari rentetan kisah dalam kereta bersama Mama n Jiah tadi. Kata Jiah, dulu masa tak kerja, dok terkinja-kinja rasa nak kerja, sekarang dah kerja, rasa nak duduk rumah aja, dan buat kerja sendiri, sebenarnya ini juga yang Nadh rasa. Tak ada rasa nak kerja plak, tatau napa, maksud Nadh bukan taknak kerja dah, tapi nak mulakan bisnes. Tu tadi tanya adik, ada tak apa-apa yang leh kita jual, untuk kita mulakan perniagaan kita ni, Nadh nak wat perniagaan kecil-kecil adik beradik. 

Setiap seorang dari Nadz akan pegang satu division. Dan ianya akan jadi perniagaan keluarga, menarik kan? Nadh sendiri rasa seronok dengan plan ni, teringin dan mendoakan agar ianya dapat direalitikan di masa depan. Mama cakap, dia perlukan keberanian untuk bermula. Nadh kata cam nak ja, tapi Mama bagi ka Nadh nak berhenti? slumber ja adik Nadh cakap, "oihh2.. bagi abeh dlu la degree mu tu,.. " tergelak sat.. hehehe. Nadh lupa plak Nadh ni masih studeng, ada lagi tanggungjawap nak diselesaikan.. hehehe.. excited macam Nadh cakap tadi, siang kerja, nanti banyak ada masa nak pergi ngaji.. :D


Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kepada Allah” (Surah Al Imran : 159)

Apa pun, dari Visi tu akan lahirnya Misi. Permulaan dan keberanian memulakan Misi tu akan menentukan sama ada kita berjaya atau tidak, kerana tiap usaha yang diikuti dengan doa dan tawakal sekiranya diizinkan ALLAH, akan bertemu dengan kejayaan juga, semuanya adalah dari ALLAH, Ya katanya, Ya la yang akan berlaku, jika TIDAK, selagi tidak berubah kataNYA, sampai bila-bila la ianya akan kekal sebagai TIDAK. :D

Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu bergerak terlebih dahulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka” (Surah Ar-Ra’d : 11)

Allah menjadikan malam itu untuk kamu berehat di dalamnya, dan siang itu terang benderang (untuk kamu berusaha). Sesungguhnya Allah sentiasa melimpahkan nikmat-Nya kepada manusia seluruhnya, akan tetapi banyak manusia tidak bersyukur” (Surah Al-Ghafir : 61)

Bermaksud, Usaha dari kita, sama ada berjaya atau tidak kemudiannya adalah ketentuan ALLAH. Sebab tu Nadh kata, Its worth trying. :D

4 comments:

لين Si Pipi Merah said...

assalammualaikum....nadh deactivate fb ae..?

miss.Addin said...

best ada business sendiri :)

good luck k ! :D

Sunah Mohammad said...

nadh!!! mana ang? awat takleh tag kat FB???

kiera'sakura said...

stuju dgn adk, abiskan study dlu.. btw doakan yg terbaek untuk nadh.. hanya yg terbaek.. =)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA