Followers

Friday, 11 March 2011

Aku kena Sound?

semalam aku dikejutkan dengan satu SMS dari seseorang..
yang nak kata marah, tak jugak, cuma mungkin menegur dan meluahkan ketidak puasan di hati atas apa yang dah berlaku antara dia dan gepren dia kepada aku.

antara isi kandungan SMS tu lebih kurang macam ni la..
"Bro. aku hormat kau kawan dia. dan aku pun harap kau hormat aku sebagai boy dia. aku dengan dia mmg xde ikatan apa2 lagi,tp aku dengan dia dah 8thn. aku tak suka sebab menda kcik2, aku dengan dia gaduh x tntu pasal.aku harap kau paham"

jadi selepas dari SMS tu, aku yang dulunya ta amek port sangat, tapi kali ni aku bertindak balas aa. aku reply balik dan minta maaf atas apa yang dah berlaku. salah aku jugak kot. tapi aku gtau la, aku LANGSUNG tadak intention nak keruhkan apa-apa pun antara depa.

"aku pun nak mintak maaf, tu ja. pesan aku, , dia tu dak baik, jadi ang pun kena la baik jugak. kekadang sang nyamuk jauh diseberang kita nampak, tapi gajah depan matakita tak sedar. mungkin ang akan salahkan aku, tapi ang jugak kena la muhasabah diri.."

tu jawapan aku. aku langsung tadak ati nak rasa marah, malah aku hormat cara dia yang aku leh katakan sebagai bersopan ketika menegur. kira okeh la tu kan.. baik aku yang rendahkan diri aku meminta maaf. nak keras2 kepala pun buat apa.. walau macam ringan2 ja nak kata kasar. tapi takpa la.. biar kita dipandang sepi kerana senyap kita dari hu-ha-hu-ha tak ketahuan punca padahal apa pn tadak..

aku rasa baik jugak sntiasa macam ni. kita ja yang amek title salah tu agar kita leh muhasabah diri kita balik. kita sndiri yang check diri kita, dan betulkan apa yang tak kena, nak "melompat" pun buat apa? apa kita dapat. biar kita jadi lembut hati cket, kawal marah apa suma, bukan elok pn marah2 ni weyh.. (kita kena cool, demi mengelakkan kedut2 naik di muka.. nt dah tak comei..wawawawawaa)

sebenarnya last bulan 1 hari tu pn ada jugak 1 case. sama jugak. tapi ni kes Mr. Boyfriend mai sound dengan kasarnya, n aku jugak sama. aku react ng kelembutan, aku mintak maaf, and last mr. boyfie tu mintak maaf dengan aku, last jadi kawan... rasa tak salah kan berlembut, bila kena dengan tempatnya. last kawan tu plak la mintak maaf dengan aku, pastu trus add jadi fren kat FB nih.. takpa la.. mana-mana pun sama. yang aku tau, aku tak salah, kenapa perlu aku takut, dan nak berkeras pn tak guna, hati bila marah, cakap apa pun tak guna, ibarat berubah jadi orang lain dah. kata Nabi Muhammad SAW, nak tau orang tu baik ka tak, jangan kenai dia waktu dia tenang, suka-suki, tapi kenai dia waktu dia marah, masa tu la baru kita tau dia macam mana.. Moral of the story, kawal la marah tu. jadi lah manusia yang orang kenai waktu marah dan waktu normalnya.



"yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang cantik itu budi, yang indah itulah bahasa"

1 comment:

qhais said...

8 taun tuuuu..lama toll..huhuhuhu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA