Followers

Saturday, 21 May 2011

Dekat ka PJJ? Pilihan anda?

Assalamualaikum,
Hari ni Nadh balik Penang lagi. Masa dalam bus tu kan, masa OTW nak balik Penang la, sempat jugak Nadh temuramah sorang akak kat sebelah Nadh ni. Alkisahnya adalah dia PJJ ni la. Serdang-Sungai Petani. Ada bran? 

Kak : adk ni student ka dah keja?
Me : keja dah kak. Tapi blajaQ jugak.
Kak : oo patut la. Kak ingat blajaQ uitm tu.
Me : laa ya ka kak? Kira muka saya ni kira muka studeng lagi la ni.. Hihi

Me : kak tinggal kat SP area mana? 
Kak : Taman Keladi, tau ka? 
Me : err.. tatau.. 
Kak : tatau nanti p tengok GPS na.. :D
Me : kak, susah kan jejauh ni?
Kak : susah dik, susah nak merancang family.

Kak : Kak gilir2, kadang tu akak balik, kadang tu suami datang sini.
Me : saya balik sebab nak tgk mama.

Kak : ni adik study ni wat loan ka apa? 
Me : tak la kak, bayaQ sndiri la kak. 
Kak : takpa la dah keja kan..
Me : tak jugak kak, kekadang tu kan, selop jugak kak.
Kak : takpa, Mama kan ada.. mtk la kat Mama.. hii

Kak : akak smbg lagi. Kat ukm.
Me : oo bestnya kak. Penat dak kak?
Kak : penat la dik oih, ni kena wat research ni dik, dengan dok balik kedah tiap minggu ni, takdan apa, kadang smpai tak tidur dok wat research, kadang tu tak larat, amek cuti la, penat.hehe
Me : saya ni lum lagi, tatau la camna nanti. dah la jejauh jugak ni..
Kak : penat dik, moral of the story, study dlu bagi abeh, then baru kawen. Tapi kalau dah jodoh dah smpai masa tu kawen ja la.

Ni satu contoh yang satu lagi tu, Mr hubby ataMrs wife, ata smpai atas bus tau, tempat wife dia kat atas bus, sebelum gerak wife cium tangan, then dia cium dahi, cium pipi wife. Huuu.. Tacing sat tengok depa. Sooo sweeeeeettt.. Duii la.. Bkn sebab cium na, tapi sebab kasih syg tu, leh dengar kot bnyi hubby kucup wife dia tu, ng penuh kasih syg.. 
Nadh plak y terharu..

Dari pengalaman dan soalan juga pengamatan Nadh, susah jejauh ni kan? tapi Nadh dapat ilmu baru bila dapat temuramah kak tu, toi jugak kata dia ni, tapi apa pn ALLAH tentukan segalanya kan? kita doakan aja, ada la tu apa yang dia nak aturkan buat kita, Tadak lain, cuma mendoakan kesejahteraan n kebahagiaan kedua pasangan ni. N moga dipermudahkan tiap pjalanan depa n tautan kasih mereka bkekalan hingga ke taman2 syurga. Amin. 


10 comments:

Mama Syamil said...

akak pun tengah merancang nak sambung blajar, tp bila anak dah 2 ni pikir panjang nak sambung...

niat ja dalam hati... hehehe...

fRaMe+LenSeS said...

laa.. ya ka kak.. takpa.. mana2 yang lebih baik la kak.. hehe.. tu kekadang orang kata da kawen ni susah nak smbung kan? sebab ada komitmen lebih penting, iaitu anak, kan kak kan?

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

menuntut ilmu ni xkan habis kn :)

NoEn said...

akak pun PJJ ngan hubby..dia KL akak kt terengganu dgn anak...hmmm hanya org yg PJJ shj yg thu perasaan kami yg PJJ ngan hubby ni..tambah2 bila dh ada anak

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kami mungkin akan sambung stdy gak kot..

apa-apa pon masih merancang..

bab tunang+kawen letak tepi dulu..

keh3....

shida anwar said...

akak x sanggup nak PJJ ... huhuhu..rindu wooo..hahaha..

fRaMe+LenSeS said...

Taufiq :: sebab tu Nabi kata, menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. :D

Noen :: tu dia aihh jauhnya kak.. tu camna kak ng mr hubby tu? setuju tang bab bila da ada anak ni kak..

Cik GK :: ya ka? all the best.. kami mendoakan ja.. :D mana y terbaek aa.. :D

fRaMe+LenSeS said...

Kak Shida :: cheQ pn tatau nak kata guane.. heheh. :D

kiera'sakura said...

tiap apa yang ditentukan allah pasti ade rahmat disebaliknya... doakan yg terbaik jer...

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: betul2.. amin2. :D

Buta+Pekak+Bisu=CINTA