Followers

Sunday, 20 May 2012

#Eh kira cakap pasal jeles jugak ke ni?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kemarin ada entry panas pasal jeles menjeles ni. Mula sekali macik ni yang dok cerita pasal TAK JELES KE DIA? Lepas tu ada plak boss yang memanjangkannya dalam Versi Sunah Sakura. Dan akhir sekali jirang pun terpengaruh memanjangkan entry JELES ni.

Sebenarnya kan, apa ke menda nya jeles, atau cemburu ni? Dalam pandangan macik, katanya dia tak jeles la sebab pacik dia tu pergi mana pun mesti nak report dekat dia. #heran jugak la, pacik dia tu takdak ka kawan laki sebab asek keluar dengan perempuan je kan?


Lepas tu versi orang single mingle plak versi Jirang. Katanya kan, kalau sayang tunjukkan. Kalau rindu buktikan. Kalau cinta berikan. Kalau cemburu katakan. Semuanya kena bagi orang istimewa itu tahu. 

Sekarang biar Nadh pula bercerita. 
Cemburu. Adalah apabila diri terasa tergugat. Betul tak? Ye lah, bila pasangan keluar bersama orang yang dia tak kenal, atau pasangan berlainan jantina, mesti la rasa sedikit tergugat kan, kena pula orang yang nak keluar tu lebih sikit dari dia. Mesti ada sedikit rasa tu. 

Macam Nadh kan, Nadh selalu cakap,
"Saya milik sedunia, bukan milik anda sahaja, jadi anda diminta tak kongkong saya dengan rasa yang tak sepatutnya ada tu. Bila saya bersama sesiapa sahaja, semestinya akan ada gap , sebab selalunya saya akan buatkan orang tak simpan perasaan pada saya walau sebaik mana pun saya, sebab saya akan letakkan benteng dihadapan kami iaitu kamu. Kamu bakal jadi perbualan bila mana kami berbicara. Sebab tu saya dekatkan mereka dengan kamu, sebab saya nak kamu tahu kami macam mana, jadinya kamu pun tak sempat nak rasa apa-apa sebab kamu kenai saya bersama dengan siapa."

Bak kata Nadh, hanya Malika yang mengenal Maniam, hanya Amoi yang kenai Ah Cai, Pokcik mengenal Mokcik kan? kan? Jadinya, kamu sepatutnya lebih kenal saya lebih dari mereka kenai saya. Alasan kedua adalah bila saya pilih awak. Sekiranya saya taknak, buat apa la saya nak rajin-rajin pilih awak. Kan ke semak kepala tu? Boleh aje saya nak beramai-ramai gepren ni kan? Berpeleseran dengan siapa sahaja saya nak, tapi tak juga, saya pilih awak, sebab awak dah duduk di tempat teristimewa di hati saya. Jadi percayalah, saya tak buat hal la. 

Ketiga, dan sebenarnya point terpenting sebenarnya. KITA ADALAH HAK MILIK ALLAH. Maka dengan itu berpeganglah pada Qada dan Qadar ALLAH. Dia yang takdirkan segalanya. Saat mula dijadikan kita di muka bumi ni, dah diberikan kita tanggungjawab besar, KHALIFAH di muka buminya. Mudahnya, tanggungjawab ini memerlukan kita untuk 'berdunia', tapi bukan juga alasan untuk 'bergumbira', bermakna, kita tertakluk pada semua yang ada di sekeliling kita. Bila mana kamu pilih dia, bermakna kamu pilih dia bersama dengan dunianya. 
" Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di muka bumi." (Fathir : 39)

Empat, Kamu dapat dia, tapi masih perlu hormat dia dan dunianya. Membiarkan dia bersama dunianya selepas itu bukan bermakna tidak peduli, tapi peluang agar dia tidak tertakluk hanya kepadamu. Percayalah dengan itu, dia akan lebih gembira. Bukankah dalam perhubungan itu, kegembiraan itu perkara pokok yang lebih penting? Dua jiwa yang bersatu itu, juga perlukan kegembiraan luar bukan? Bukan bermakna mahligai itu kurang bermakna, tapi bukankah Rasulullah pernah bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).

 Jadi, takkan kamu nak halang dia dari berbicara sebagaimana apa yang dipesan Rasulnya?
Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku"

Andai dia adalah untukmu, maka dia pasti menjadi milikmu. Jangan takut ye?

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

6 comments:

kiera'sakura said...

kerana saya memilihnya, saya juga memilih dunianya ;)

aizamia3 said...

kalau terlampau pentingkan diri sendiri pun payah gak.. kenalah saling bertolak-ansur kan..

Iffah Afeefah said...

Alamak hanya mokcik knl pokcik tu suwwwiiit sgt


waaa kalau akak ipar bace mesti terharu gila2 ni

clap2 untuk jirang

Sunah Sakura said...

yeee....i tau la dia hot setaff...suma orang pun tau dia tu hot setaff...nak wat cane kan..:p

kena la sesuaikan diri dengan semua tu, dan yang penting, i ulang lagi kesekian kalinya, asalkan dia tau jaga batas pergaulan dia, insya'Allah semua ok kan? :)

fRaMe+LenSeS said...

Kiera :: ye ke? alhamdulillah. :D

kak Aizamia :: tu la kan? kena ada tolak ansur jugak. kalau tak hancus.

Iffah :: ye ke iffah? untung la macik tu kann. :P

Boss :: tu la kan? sabo ja la. hihihi. :D setuju ng boss. sama2 jaga batas la. mesti leh nya la. :D

H Y D E said...

firman Allah dalam perenggan terakhir sekali tu adalah paling tajam dan menyentuh.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA