Followers

Wednesday, 16 May 2012

Kebelakangan ini

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kebelakangan ni kan, mood bebaik ja, tapi kan, menghalang diri sendiri dari menaip la. Pelik plak rasanya.

Kebelakangan ini juga, rasa sangat la banyak menda nak dibebelkan, tapi menghentikan niat tu dan buat menda lain.

Kebelakangan ini kan, rasa macam sunyi, nak bersembang, tapi tak cari orang, saya lepaskan suma dekat tempat lain.  Yang perasan, perasan la. Banyak plak tetiba status tu kan?

Kebelakangan ni juga, rasa rindu tu agak kuat, rasa nak pulang, tapi tetiba bleh pula rasa nak membatalkan.

Kebelakangan ini, mengantuk nya la, hampir tertidur di depan lappy tadi, tapi kena cuit dengan colleague.

Kebelakangan ini, menaip bukan macam diri sendiri, mana tak nya, selalu aja salah menaip. Rasa macam dah tekan bebetul, tapi salah plak.

Kebelakangan ini, dalam niat ingin berjimat, rasa macam banyak pula transaction yang berlaku.

Kebelakangan ini, memandu pun rasa macam tak sedap, pelik rasanya, tapi lepas baca entry tentang kemalangan 0605 tadi, rasa takut sangat. Moga-moga di lindungi. Amin

Kebelakangan ini, TER rajin plak membaca. Mana tak nya 2 hari dah habiskan satu novel, selalu makan banyak masa nak dihabiskan.

Kebelakangan ini, banyak memandang diri di hadapan cermin, banyak yang di belek tu, terutamanya keadaan diri yang macam dah semakin tak kemas. Bila nak selesaikan hal ini ya?

Kebelakangan ini, selalu terlambat, banyak juga langkah yang terlajak kerana kekhilafan diri, entah di mana kurangnya. Salah diri sendiri ! 

Kebelakangan ini, rasa ati berbunga-bunga, sampaikan si dia tegur, eh napa mendayu je suara sekarang ni? balas saya, tak adalah, kamu kan tengah berduka, saya lembutkan hati kamu dengan suara saya, agar turun temperature kamu tu.

Kebelakangan ini, rasa dahaga melampau, macam semalam, rasanya banyak kali sangat saya keluarkan duit untuk mendapatkan air. 

Kenapa kebelakangan ini macam jadi pelik ye? Hampir mengabaikan banyak menda di sekeliling, termasuklah diri sendiri.

Owh my, napa dengan diri sendiri?

Takut plak kalau ini merupakan titik awal kepada perpisahan. Andai la kata bakal berlaku, dengan serendah dirinya saya meminta maaf pada semua. Ampunkan andai saya berdosa dengan kalian.Terima kasih dan moga ALLAH memudahkan urusan seharian kalian atas kegembiraan yang kalian kirimkan selama ini.

5 comments:

aizamia3 said...

kebelakangan ni ketagih hadap lappy..

kebelakangan ni tak cukup tidur angkara dak Nuha..

Kebelakangan nia syik mengira hari bila nak habis pantang..

kebelakangan ni.. berapa banyak kebelakangan ni daaaa.. hikhikhikhik..

Iffah Afeefah said...

Nadh think postve k

aish risau plak ai bace hurm

mdmZ said...

semoga kamu baik2 saja yer...

shida anwar said...

please kuat..semoga dipermudahkan

kiera'sakura said...

mungkin sbb bdan letih, otak penat tue yg byk menda terbalik yg jadi.. agaknya kowt.. dah la jgn pk bebukan lg...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA