Followers

Sunday, 20 May 2012

Tambah satu kosong je

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sedang bersembang dengan Mama dan Tokmak sambil menemankan mereka menyediakan makan tengah hari. Mama dengan laksanya, dan tokmak dengan gulai ikan nya.

Bercerita perihal dahulu dan sekarang.
Cerita tokmak, dahulu masa zaman dia berkahwin, duit belanja baru RM450. Lepas tu Mama cerita sal Maklong plak. Zaman Maklong RM750. Kata Mama grand dah tara tu.

Nadh pun cakaplah,
"la ni kalau 750 Mama, cincin pun tak lepas."

Gelak Mama dengan Tokmak tadi. Tapi seyes la kan? Peralihan zaman tu wujudkan gap yang melampau. 750 dan sekarang tak kurang 7000. Tambah satu kosong je, tapi. . . . .
Published with Blogger-droid v1.6.9

7 comments:

aizamia3 said...

bila bagi sikit ada yang mengata, begitu jugak sebaliknya tapi itulah peralihan zaman sekarang.. harga barang semakin tapi takkan sampai nak berhutang kan.. ;)

kiera'sakura said...

klu dulu kuih sagu merah tue 3 seringgit yang besar2, penuh sagu dia puas makan.. tapi skang 3 singgit lagi (kt sini la), besar jugak.. tapi sagunya ada la dlm 10 biji je kowt selebihnya agar2 yg byk smpi muak nk mkannya... ermm nk buat cm mana kan NEGARA MAJU skang nie...

shafiq said...

tapi mahal !! ..

#hehe , sambung ayat last .. keh3 ...

Iffah Afeefah said...

Tu beza dlu n skng

jd hold note dlu k jirang

Rozuan Ismail said...

walaupon hanya satu je kosong yg ditambah, tapi nilai sgtlah berbeza

kay_are said...

mak cite dulu belanja sekolah 20 sen.. leh beli air ngan kuih dalam seposen, pastu leh simpan lagi seposen. sekarang 20 sen.. beli kuih pun tak lepas -__-

fRaMe+LenSeS said...

Kak Aizamia :: sangat2 kan kak? mahai gle la skg..

Kiera :: ahaha., maju la sgt. :P

Shafiq :: kan? kamu pn stuju. :D

Iffah :: alaaa. nak note. nak note..

Wan :: sangat sangat sangat.

Kay Are :: tu la. mama nadh pn cite macam tu dlu. huu

Buta+Pekak+Bisu=CINTA