Followers

Wednesday, 14 May 2014

5:55 AM

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

5:55AM, Shahab Perdana. 

Kali ni entry ni muncul di pagi Rabu. Selalu pada pagi Isnin kan? Sebab minggu ni hari Selasa saya ada di Alor Setar menghantar kedua kesayangan pulang ke sini. 

Alkisahnya minggu ni Ummi cuti di hari Selasa sebab Hari Wesak. Nak dijadikan cerita pula si kecil baby tak sehat minggu ni. Jadinya sedikit merap sejak dari hari Ahad. Jadinya setelah bincang bincang, Ummi decide untuk tambah sehari cutinya. Itu pun bersebab, Ummi pun sebenarnya dah ada simptom nak demam. Ohh dear. Kesian betul kalau keduanya demam. Atau keduanya jangkit saya demam dahulu pada hari Jumaat tu?

Perjalanan semalam biasa. Tapi sedikit luar biasa. Mana tidaknya, kalau selalu awal dah pergi kerja, semalam lewat. Dekat jam 8lebih baru nak menapak keluar dari rumah. Tapi balik tetap masa saya dah gerak. Sampai sahaja si kecil dah tunggu. Kalau selalu Ummi yang pegang hari ni ada pada Tokma nya. Saya datang dekat trrus dia hala kan tubuh kepada saya. Saya angkat. Kemudian bawa dia jalan jalan di hadapan rumah. Alhamdulillah. Sempat juga la umminya mandi. 

Selesai first round jalan. Saya minta ketip kuku dari Ummi. Nampak kuku anak dah mula panjang. Saya potong satu per satu. Pun bukan senang sebab dia bab kaki ni sensitif. Ada ja usaha dia menggagalkan apa saya nak buat ni. Mujur ada kucen papa dia kat luar tu. Ada juga la modal saya nak pujuk dia. 

Selesai saya ketip kuku anak. Ummi pun siap mandi. Hari ni pertama kalinya saya bawa tuan putera bermain kat taman permainan ni. Mengekek dia dapat main jonglang jongkit petang ni. Hihihi saya ingatkan dia akan gayat tapi slumber ja. Malah dengan gagahnya dia gerak gerakkan menda tu. Wahwahwahh anak. Awak ni kann~~ 

Malamnya, lepas dah dinner apa suma. Kami gerak pulang. Lepas maghrib macam tu la kami gerak. Si kecil mulanya taknak tidur. Pusing sana pusing sini. Well macam biasa la. Dia kalau malam ada lampu memang waktu pebret dia la. Tapi dalam masa sama mengantuk.

Last saya keluar satu ayat. 
"Baby, yayang tidur ya. Satgi sampai rumah kita main la"

Nahhhhh~~ cun cun sampai tol Alor Setar Selatan, mata membulat dah. Dia sudah bangunn~~ 



Janji ditepati sungguh tau baby ni..... 

3 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sory bz day drop kejap je

Nurzakiah Hanum said...

sory bz day drop kejap je

Kira Sakura said...

baby memang pegang janji, anak ummi kan hikhikhik

Buta+Pekak+Bisu=CINTA