Followers

Wednesday, 28 May 2014

Apabila DIA berkata kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Apabila DIA berkata kata. 

Saya baru pulang. Keluar kerana menemani sahabat hantarkan kereta pada isteri dia yang berkursus. Semasa dalam kereta ada saya share kisah lapan tahun entry saya minggu lepas. Dan dia kongsikan sesuatu juga yang pada saya sangat bermanfaat dan dalam masa sama buka minda seluasnya.

Alkisahnya semasa ibu sahabat saya sedang dapatkan rawatan sakit dia tu. Adalah dia berbual dengan orang ni. Orang ini ceritakan anak dan menantu dia dah banyak tahun kahwin, namun belum dikurniakan cahaya mata. 

Macam macam cara dah buat sebagai ikhtiar demi mendapatkan 'hadiah' terbesar tu, namun hampa. Lebih memilukan apabila berjumpa doktor, jawapan yang diberikan sungguh menyedihkan. Iaitu peluang mereka sangat tipis. Namun syukurlah, semangat juang mereka, juga sedikit harapan dalam diri langsung tidak menyerah berusaha. 

Satu hari. Ketika berdua berjalan di pasar malam, terjumpalah dengan seorang peminta sedekah. Hati begitu tertarik untuk bersedekah, maka didekati lelaki berkenaan. Sesudah diberikan wang, lelaki itu bersalaman dengannya. Ketika itu dia diajukan satu soalan, 
"Pakcik tengok awak kurang seronok, awak ada masalah ka?" 

Bukan sekali tapi berkali diajukan soalan sebelum dia menyerah dan membuka cerita.
"Ya pakcik, sebenarnya kami hadapi masalah belum diberikan zuriat pakcik."

Terus dibalas pakcik tu, 
"Bersungguhkah kalian meminta dari DIA?" 

Lantas dikongsi pakcik berkenaan, 
"Balik nanti buatlah solat hajat, 44 hari minta dari ALLAH."

Habis berbual, mengucapkan salam dan selamat tinggal, mereka berjalan meninggalkan pakcik tu. Namun hati tidak tenang terfikirkan pakcik lalu ketika jalan patah balik dari sana, mereka mencari pakcik tu. Namun hampa.

Rupanya bukan setakat di situ. Malam
Itu suami bermimpi si pakcik muncul didalam mimpi. Dengan berjubah putih dan berpesan, mintalah dari NYA. Buat solat hajat 44 hari berturut. Si suami terjaga dari tidur lalu dikejutkan si isteri dan bersama melaksanakan solat tahajus juga hajat dimalam itu. Dan dipanjangkan sampai genap 44 malam. 

Di hari ke 45, si isteri muntah.berhari hari yang mendatang masih muntah. Genap minggu selepas itu keduanya ke hospital untuk checkup. Doktor yang terkejut bertamya, ubat apa yang kalian makan? Sebenarnya sudah ada isi.

SubhanaALLAH. Apabila DIA berkata kata. Kisah pendek yang bagi saya mendalam maksudnya. Bagaimana sebenarnya kita, dalam sedang berusaha sebenarnya dah pisahkan DIA dari usaha kita. Kita berusaha tapi dalam masa sama tidak minta pun dari DIA, malah kita seperti melupakan DIA yang Maha Memberi. 

Sekadar peringatan, bukan hanya pada diri sendiri, tapi saya panjangkan pada readers. Untuk kita sama sama ambil manfaatnya. Moga ALLAH sentiasa dekatkan hati kita kepadaNYA. Amin.

1 comment:

Kira Sakura said...

subahanallah. kuasa Dia kan yang

Buta+Pekak+Bisu=CINTA