Followers

Friday, 23 May 2014

Lapan tahun

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru pulang dari pasar malam. Memang selalu hari Jumaat saya akan bawa Mama dan Ummi ke pasar malam. Selalunya disini kami membeli bahan mentah untuk dijadikan juadah selama seminggu. Dan tidak dilupakan makanan baby dan roti goreng kesukaan ummi tu. 

Hari ni masa mama sedang asyik melihat seluar untuk dibeli pada ayah, abang owner kedai tu tanya saya. Berapa bulan dah ni abang? Saya plak tengah blurr masa tu terus sebut 9. Dah ummi kata mana 9 lagi la. Saya senyum. Beritahu abang tu, lagi beberapa hari ni baru masuk sembilan. Dia turut senyum.

Dia senyum kembali. Kemudian menambah, seronok tengok dia. Badan semangat. Tangan ketak ketak. Saya jawab alhamdulillah bang. 

Lama lama tengok anak dia bangun. saya belum lagi, katanya. Saya balas, tak apa abang, dah on the way kot. Dia kata dah 8 tahun jawabnya. Telan liur saya. Fikir apa nak dibalas kepadanya. Beri semangat pada dia. Saya kata ada la tu pasni bang. InsyALLAH. 

Terus dia buka cerita. Baru baru ni pergi tengok orang bersalin jumpa bidan tu. Bidan tu tanya dan suruh bawa jumpa dia. Untuk mengurut la apa lagi. 

Sama sama kita doakan dia ya? Moga ada sinar. Ada harapan. Dimudahkan mencapai impian. Amin yarabbal alamin.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA