Followers

Tuesday, 6 May 2014

Last day colleague

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Last day.

Hari ni last day seorang dari colleague saya. Akhirnya tiba masa seperti yang orang di kilang ni selalu cakap. Dept saya antara yang paling kerap ada pertukaran orang. Satu persatu akan keluar bila tiba masanya. Dan kali ni bak kata HR paling lama orang orang kekal. (bahagia gamaknya kot?ngiahahaha).

kalau tahun lepas, waktu ni juga la ada yang pergi. tahun ni nampak gaya nya ada 2 muka bakal berganti lagi. Fikir fikirkan, ada juga benarnya apa kawan yang nak berhenti ni gtau saya. Kerja banyak, gaji sikit. saya senyum. mungkin ada benarnya la. tapi dari sudut experience, memang banyak yang kita dapat la bila ada banyak kerja ni. tak hanya terbatas pada menda menda yang dalam linkungan kawalan kita sahaja la. Tapi dari sudut lain, tekanan bila bekerja dengan workload melampau kekadang melemahkan juga kan?

Tengah hari tu dah ada majlisnya, mereka buat di satu restoran cina kat mana saya tak pasti. saya diberitahu, demi menjaga hati saya sebagai satu satunya orang melayu dalam dept ni. saya senyum, dan berterima kasih sebab masih fikir ada saya kat sini. Actually selalu macam tu, bila ada majlis apa apa yang saya tak join sebab faktor makanan, mesti saya akan diberitahu. Alhamdulillah, walau tak ada dalam list tetamu, tapi rasa ok la. well, kalau ajak pun mungkin juga tak rajin nak ikut. :P

Hari ni kira saya join majlis mereka. seronok juga dapat join majlis petang nya. siap manager bsar nyanyi lagu perpisahan lagi. bestnya kan? macam dihargai plak mamat tu bila dapat sambutan macam ni.


Tetiba terfikir plak sesuatu. macam mana bila saat perpisahan ni adalah saya subjeknya pula? adakah akan ada sesuatu seperti ini? agahahaha. :P 


Good luck Sem. All the best in d new place. take care !


Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kita berjumpa lagi lain masa


No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA