Followers

Tuesday, 27 May 2014

Kena pindah

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Kena pindah.

Last week, hari Jumaat. Hari yang agak sibuk untuk saya. sebab nya banyak juga yang perlu diselesaikan. Mulanya lesen mati, selesaikan lesen. Kemudian bergegas ke hospital sebab ada emergency. Ayah kawan bapa saya masuk hospital, dah di ICU pun. Sebab tak diketahui. Cuma dia beritakan dia beritahu mereka dia tak sihat, kemudian bawa ke hospital dah dipengsankan bila dia mula lemah, susah bernafas.

Dalam tengah sihat tu jadi macam tu. Risau dengan dia dan juga dengan diri sendiri juga keluarga. Sakit datang tak tentu masa. Sebab tu Rasulullah penah pesan, buatlah 5 sebelum 5. salah satunya sihat sebelum sakit. Bayangkan apa yang tak boleh kita buat di masa sakit, yang kita tak buat di waktu sihat. Banyak kan? oleh itu, jika ada apa apa, cepat cepat buat. Jangan terlambat dalam hal mendapat redha ALLAH ni. rugii~~.

Okeh, back to topic, lepas selesai di hospital, solat Jumaat, saya kembali ke pejabat. Sampai ja dah kena panggil dengan boss. Mula tu macam agak macam risau juga, apa pula la salah yang saya buat, last last kena paksa ubah tempat. Aduhh malasnya saya nak pindah randah ni. Bukan apa, banyak menda nak kena buat, terutamanya dengan barang barang yang penuh bawah meja dan di tepi almari, tu belum kira yang lain lain lagi. Malasnya. dan bukan itu sahaja, saya penah gtau kat depa yang saya memang kalau boleh taknak pergi tempat lain, ya lah, port saya sekarang sangat cun kot, kurang panas, strategik dari gangguan anasir anasir jahat (acewahh), lagi di belakang, mudah untuk saya perhatikan orang orang di depan.

Tapi apa boleh buat kan? unlucky me. kena juga pindah. Alasan dia plak, ada orang baru nak masuk dan orang tu designer, saya pula perlu dekat dengan partner yang jaga satu projek, senang nak bincang apa apa, bla bla bla. Malas betul kena pindah.

Dan macam saya sebut selalu, saya gunakan ALLAH sebagai sebaik baik penentu kejadian. Adalah sebab musababnya, adalah hikmahnya kenapa boleh di gerakkan hati boss nak suruh saya pindah ke depan tu, walau dalam masa sama saya dah tak terfikir menda lain dah selain dari bakal dapat projek projek baru untuk dijaga.

Apa pun, redha. ALLAH Maha Tahu. Kita hanya buah buah catur diatas papan muka bumi yang diaturkan ALLAH. Walau yang kita nampak itu tak best, tapi ALLAH sudahpun tentukan yang terbaik buat kita. Terima. Redha.

Pasti ada sinar. :)

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA