Followers

Thursday, 29 May 2014

Terpaksa memaksa

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Semalam masa keluar dengan sahabat ada la dia share apa yang berlaku dalam hidup dia sekarang. Ada dia cerita yang dia rasa agak tak seronok sebab sekarang anak terpaksa dihantar ke rumah mengasuh, bukan itu sahaja la, ditinggalkan beberapa hari baru ambil. Semuanya sebab terpaksa, dan keadaan memaksa perkara ini dilakukan.

satunya, isteri yang berkursus. dan kedua, baru baru ini ayah si isteri sahabat saya dimasukkan ke hospital sebab sakit. Sempat juga saya lawat hari tu. Dan masa dia call saya semalam, sebelum ajak keluar tu, dah fikir bukan bukan saya, mana tidaknya hari tu dah dalam ICU kot. mahunya kita tak risau bila tetiba ada phone call malam malam camtu.

Kisah bagaimana anak dia datang kepada dia, terkam bapak sebab rindu, cium cium, peluk, tarik tarik badan si bapa buat saya terasa juga. Siapa yang sanggup lihat anak ditinggalkan macam tu. Tapi itulah yang saya katakan, keadaan memaksa. Sebelum ini anak dijaga oleh ibu mertua dia, tapi sekarang dah ayah mertua sakit, terpaksa la cari alternatif nak jaga anak. dan ini mungkin pilihan terbaik buat masa ini. Sedih. beberapa kali isteri ulang perkataan "kesian kat tet" masa ceritakan pada dia tentang sahabat saya tu.

Lagi, sewaktu ditinggalkan sebelum pulang. hati mana tidak sedih melihat anak menangis sebab ditinggalkan. Mujur ada seorang kakak di sisi masa tu menguatkan hati, "kuatkan diri, sapa tak sedih. Tapi jangan kalih belakang, terus bergerak, nanti lain yang jadinya.." dan hati juga main peranan, "jangan menangis, jangan menangis " ayat yang tak henti henti menguatkan diri dalam situasi berkenaan.

isteri tanya, macam mana kalau keadaan kami macam tu?

tak dapat saya bayangkan. sedihnyaaa~~

2 comments:

Kira Sakura said...

sedih sangat. ummi yang orang luar nie pun sebak. ini kan pulak depa yang lalui ;(

Cik Asma BLuppy said...

semua itu ujian driNYA. bertabahlah.. pasti ada ganjaran terbaik drNYA

Buta+Pekak+Bisu=CINTA