Followers

Tuesday, 6 May 2014

Mengendap.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Mengendap meja sebelah.

Tuan putera kami ni kan, semenjak dua menjak makin aktif ni, ada sahaja menda menda yang comel yang buat saya dengan ummi rasa makin nak geget si dia.

Baru baru ni (semalam la tu), masa saya dan isteri tengah asyik makan dekat satu kedai makan tu, saya pegang dia. Masa tu dok atas saya la. lepas tu entah macam mana tak tahu, dia pusing dari hujung kerusi kami duduk tu, lepas tu mengendap orang belakang.

Mula tu saya tak perasan, tapi bila lama kelamaan dengan orang belakang dok gelak gelak baru saya perasan. Lepas dari tu, dah dia tahu orang belakang dok acan dia, mula la dia keja nak pusing tengok belakang. sampai lentok lentok kepala tu tengok orang belakang. Dah la tu, nak tengok belakang, lentok kepala, lentik badan tu lagi, saya yang memegang nya ni la yang kena pegang kekuat, takut terlepas. Lagi, saya tarik dia bagi tak tengok belakang dah, dah dia nak juga.

Last sekali saya bagi ja dekat orang belakang. tak sampai 10 saat saya ingat, tak mahu. nak balik mai dekat abi.

Ha tahu punn~~~.


kalau dah muncul macam ni dok acan kita dari sudut meja, agak agak geram dak? saya sendiri pun rasa macam nak gigit. grrrr.. naseb anak sendiri. :P

2 comments:

Kira Sakura said...

ummi selalu picit sebab geram hahahahaha :p

aizamia3 said...

sape tak geram tengok dak Uwais tu.. hehehe.. ;) rasa nak geget2 dia.. ;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA