Followers

Thursday, 22 May 2014

Darul Sarkas Part II

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Slot darul sarkas siri dua. kahkahkah..

Anak anak lembu, janganlah kalian berak merata rata tak kiralah di mana kalian berjalan okeh. (Mak lembu, 2014)

Pesanan deep sangat mengingatkan. Macam suwit juga rasa. Tapi diibaratkan menasihatkan orang tentang etika sedangkan diri antara orang yang tidak beretika. Memberi peringatan tentang amanah sedang diri sendiri termasuk dalam golongan yang buatkan amanah itu menjadi sangat murah untuk di khianati.

Aduh tergeliat tengkuk ku bukan kerana salah bantal, tapi sebab jadi bantal kepada kereta besar. (cari publisiti,2014).
Andai kata saya yang memandu, elok tukar kepada steamroll. lenyek terus. Sendiri cari pasal, sendiri kena getah la. Pastu tetiba buletin auta lapor la pula. kahkahkah. 


ibarat mengigit jari kaki yang membawa anda berjalan. (kaki jilat,2014).
Antara kenyataan paling lawak di kala ini. Institusi yang neutral tetiba berubah menjadi hak milik mereka. Andai itu dikatakan melawan, tidak mengenang jasa dan sebagainya, bagaimana pula sebagai hamba yang tinggal, diberi rezeki, malah oksigen bernafas juga diberikan percuma, dan sekarang menolak pula hukum Tuan Maha Berkuasa. Agak agak apa itu tak tahu?

phewittttt~~ kita bukan tengok amoi, kita nak lawan ni. Tak tengok hanya pada cun, tapi tengok kebijaksanaan. (baru nak besaQ, 2014)
Menarik bila bercakap mengenai pengalaman dan apa yang anda ada. tapi jangan lupa semasa anda berada di situasi sama satu masa dahulu dan diberikan peluang berdiri di hadapan. Sekarang bila ada orang yang baru, sepatutnya di berikan peluang, bukan hanya kondem tak tentu hala.Cakap bab kebijaksanaan ni, elok la macam tu baik suma pindah. kaki kencing hantar pergi jaga tandas awam, kaki jilat hantar kilang ais krim, setel!

Saya tak kisah kalau dahulu dia dari keluarga pembuat seri kaya, dia mesti suka seri kaya, tapi dia datang dari keluarga pembuat roti, tak sepatutnya tukar jadi pembuat seri kaya. (nyanyuk,2014) 
Satu tindakan yang salah pula bila tiba tiba berada di pihak yang satu lagi, sedangkan yang menjual tu menda yang sama. kedua dua makan kan? kenyang ja makan bila disatukan keduanya. sebab kedua nya melengkapi satu sama lain. tapi ini yang berlaku. heran ya.

Oh well.

Mesia Darul Sarkas.

Sekian memaklumkan.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA