Followers

Monday, 19 May 2014

Tak ingat orang.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Tak ingat orang.

Itu ja yang boleh saya simpulkan tentang apa yang berlaku buat masa ni. Sebenarnya kes ni kes rumah sewa kami tu.

Dipendekkan cerita, jiran sebelah rumah isteri tu la. dia renovate rumah. bagus la kan nak renovate rumah. ada rezeki lebih. kita pun turut rasa seronok sebagaimana mereka seronok buat rumah tu. tapi satu yang tak seronok. Tukang buat rumah dan tuan rumah otak letak kat kaki.

1. dah la buat rumah. tu satu hal, tak kisah la kan, tapi bila dah selesai buat rumah, dah plaster dinding tu, takkan tak reti reti nak kutip bekas bekas simen yang jatuh di lantai rumah kami. Tak cukup dengan tu, masuk rumah kita macam tak ada orang kat dalam rumah. apa lah salahnya kalau minta izin nak masuk buat rumah, orang pun bukan nak kira sangat, tapi ini soal hormat la. Lagi, sesuka hati parking barang barang dalam rumah orang. tak minta izin plak tu.

2. ini lagi melampau la, dah buat rumah, lepas tu rosakkan rumah orang plak. ini terjadi pada rumah kami, bilik depan sekali tu, pecah pecah bumbung dia sampai air masuk rumah tiap kali hujan. ini sangat melampau. bagi saya very simple la. buat apa pun jangan menyusahkan orang.

Geram betul dengan orang macam ni,

otak letak kat lutut. (untung saya kata lutut, kalau cakap letak kat tapak kaki? okeh, memang ya pun!)


1 comment:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA