Followers

Wednesday, 7 May 2014

Sabar dan pengurusan kewangan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Sabar. Sabar. Sabar.

Satu yang saya belajar dengan cikgu dalam kelas adalah sabar. dia tak sebut sal teknik. dia tak sebut pasai macam mana buat duit. macam mana nak berjaya. tapi dia ulang ulang dan ulang mengenai kesabaran.

Ada apa dengan kesabaran?

Terus terang saya katakan, dalam dunia ni, nak buat duit mudah. tapi bagaimana nak memudahkannya lagi? Ia nya adalah pengurusan kewangan. Ehh tapi tadi saya ulang mengenai sabar. sekarang pengurusan kewangan. Apa persamaannya.

Dalam pengurusan kewangan akan ada perancangan masa depan kewangan kita. dalam itulah yang saya kaitkan balik dengan sabar. bagaimana kita sabar nak ikut perancangan yang dah kita tetapkan. berapa percent keuntungan dan kerugian yang kita bersedia nak dapatkan dalam urusniaga seharian.

Saya ambil lagi kesabaran ni dalam satu konteks yang lain. Ada sepuluh ja. nak dapat ribuan dalam masa yang sangat pendek. Mana mungkin bhai. tak mungkin kau boleh buat secepat itu. Bak kata cikgu, kalau kita terkejar. susah lah. kenapa? sebab bila terkejar, sudah pasti akan wujud menda yang sebenarnya tak wujud. menda yang tak nampak tetiba jadi ada. Risiko besar tu.

kesimpulannya, macam boss saya sebutkan hari tu. Nak kaya orang tak main forex, tapi orang kaya main forex. Mendalam bunyinya kan?

yup. nak kaya orang tak main forex. Ambil balik apa yagn saya ceritakan di atas tu. TAPI orang kaya main forex. Kenapa? sebab depa nak besarkan duit mereka lagi. contoh mudah. ada 100k, ambil 1% sahaja sehari. 1k per day. nak makan pa duit banyak tu? ~~

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA