Followers

Thursday, 15 May 2014

Jalan yang dimudahkan dalam jalan yang semakin berliku.

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Jalan yang dimudahkan dalam jalan yang semakin berliku.

Currently berdepan situasi yang agak kaut mencekik kekuatan saya ni. Satu per satu cuba menggoyahkan apa yang sedang saya pertahankan. Makin lama rasa makin susut daya juang yang saya rasa sangat kuat tu. Tak dapat saya nak bayangkan macam mana lagi untuk saya hadap menda yang berlaku ni. Dalam berkira kira apa yang saya dah buat tu, saya yakin ada berlaku tiris di mana mana dalam perancangan yang saya lakukan. VS apa yang saya dah kerjakan.

Kekadang apa yang kita congak congak tak sama macam apa yang terjadi di dunia nyata. Ibarat mengira isipadu air dalam sistem air yang saya pernah belajar satu masa dahulu. Memang kita nampak apa yang masuk itu sama dengan apa yang keluar, tapi tahukah kita setiap resistance yang kita dak kira lagi dalam tu mampu mengurangkan apa yang lahir di akhir cerita nya.

Begitulah hidup, kita mengira gira perbuatan kita, tapi kita terlupa nak ambil tahu tentang hal hal kecil yang berlaku sama sama dengan perkara besar yang kita target tu. Sedikit demi sedikit, saya belajar menerima apa yang jadi ni dalam diam. Sedarkan diri, tampar pipi kekuat, tepuk dada kekuat, hinggut kepala lelaju, sedarkan diri, yang apa berlaku sekarang adalah permulaan sahaja. Pasti ada yang lebih baik lepas ni. Antara sanggup dan tak sanggup sahaja. antara sabar dan tak sabar sahaja.

Antara yang mula munculkan diri, satu persatu jalangan untuk kami bersama dah hampir. Mula mula seorang declare nak angkat kaki, alih alih kemarin dahulu satu lagi pun dah bersuara. Nampak kat sini jalan tu dah mula menunjukkan hasilnya.

Macam saya kata tadi, sanggup tak sanggup ja, sabar tak sabar ja.



Apa pun, yakin, ALLAH dah siapkan tempat terbaik untuk kami. Tak perlu gusar, tak perlu susah hati. Aja Aja Fighting!!




Bila hati rasa down, tengok wajah kedua kesayangan ini. Kembali bernafas. .

3 comments:

Kira Sakura said...

kuat abi kuat. kalau abi lemah macam mana ummi dengan anak nak kuat ;(((((((

Lydia Miza said...

Ujian Allah tu utk jadikan adik
Insan yg lebih baik dari semalam.

Allah tau adik blh sbb tu Dia uji

Allah tau adik akan tabah dan ia akan menaikkan tahap kesabar dan keimanan adik juga:)

Doa akak sentiasa mengiringi adik

Nurzakiah Hanum said...

AMIN :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA