Followers

Wednesday, 7 May 2014

Rabu yang sibuk

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

Minggu yang baru lepas adalah minggu yang sangat sibuk bagi saya.

Petang rabu, lepas sahaja balik kerja, tanpa singgh rumah, terus ke stesen bus, bergerak ke Alor Setar sebab nak jemput kedua kesayangan balik kepangkuan. Well, kalau selalu petang Khamis mereka akan pulang sendiri, tapi kali ini tak kot, sebab dah lewat petang, tak harap saya bagi mereka pulang sendiri.

Dari Penang dalam pukul 6 lebih, dan sampai lebih kurang 730. since isteri dan anak belum sampai, saya selesaikan dahulu solat Maghrib di Shahab Perdana tu. Lepas saya habis solat ja, tengok isteri dan anak dah ada di bawah. Sebaik si kecil nampak ja muka saya, terus dia angkat tangan suruh saya dukung dia.Tengoklah tu, bila dah nampak abi.


  


Next, since isteri belum solat, saya berhenti pula di stesen minyak Petronas tu. Mula tu nak duduk dalam kereta ja sambil tunggu isteri solat, tapi bila dia khabarkan pada saya, surau ni surau kongsi, terus saya keluar dan temankan dia dalam surau tu. Tahu lah bila si kecil dah jumpa tanah, habis dia merangkak dalam tu. Seronok sangat gamaknya tak kena dukung, boleh lepas macam tu ja. 




Selesai solat, beli sedikit bekal habuan makan dalam kereta, terus gerak balik ke Penang. Singgah makan lagi kat Sungai Petani, kemudian dah ambil balik moto yang saya park dekat jeti, kemudian balik rumah. 

Sibuk kan?

6 comments:

Kira Sakura said...

sibuk tp bahagia tak? ;)

Lydia Miza said...

Sibuk tp membahagiakan

Akmall Razlan said...

sibuk demi kesayangan, apa salahnya kan?

Nurzakiah Hanum said...

bz day

~LiZa IsMaiL~ said...

Comelnya anak!

P/S: Kan best kalau boleh dapat income sambil-sambil ber-bloging.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

sibuk dan letih hilang bila nampak muka baby uwais dan juga isteri

;)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA