Followers

Monday, 19 May 2014

Darul Sarkas

Assalamualaikum. dan salam sejahtera pada yang membaca.

MH370. satu persatu kejadian yang berlaku. Memula buah kelapa. kemudian datang pula dengan tikar terbang. lepas tu di menara condong teluk intan. lepas tu kat laut, konon panggil kapal terbang muncul semula.

Kemalangan Karpal SIngh. datang juga. kali ini nak halau hantu ka jin ka dekat jalan tu, kononnya makhluk tu yang sebabkan kemalangan kat sana.

Semalam, ramal lagi, kemenangan depa depa tu.

Mula rasa hairan, mana pergi jabatan agama kat mesia ni ae? mana pergi individu atau pihak berkuasa yang sepatutnya memantau perkara perkara sesat macam ni?

Kemanakah mereka? kenapa tidak ditangkap dan dibicarakan?

mana mufti yang halalkan darah rakyat (bughah) sewaktu berlaku nya perhimpunan kerana membantah tindakan manusia manusia tamak yang semakin lama semakin melampau?

Semakin hari semakin lawak. Semakin hari semakin mempermainkan apa yang sepadannya dipertahankan. amanah dimungkiri, janji dilanggari.

Tak apa, tunggu ya. janji ALLAH tu pasti.

dan buat yang membaca, saya khabarkan dengan tegas, bahawa orang berilmu, orang agama terutamanya, apabila dia tidak menjalankan tugasan agamanya dengan betul, maksud yang betul disalahkan, yang salah dibenarkan, tunggulah balasan di sana nanti. ALLAH dah sebut, orang yang macam tu, akan duduk di tempat paling bawah api neraka, bawah lagi dari orang orang kafir yang dah sah sah menolak ALLAH.

tungguu~~~

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA