Followers

Tuesday, 13 May 2014

Teguran pakcik

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Pagi semalam, macam biasa saya akan gerak dari alor Setar seawal 6 pagi dan sebaik tiba akan mencari teksi buat pulang ke rumah sebelum siap dan terus ke tempat kerja. 

Untung nya saya bila hari ni saya dapat lagi naik teksi pakcik yang suka bercerita tu. Pagi ni topik mengenai satu keluarga cina yang tinggal berhampiran dengan rumahnya. Kisah yang bagi saya banyak membuka minda tentang bagaimana kita patut ubah persepsi kita dalam kehidupan. 

Dikisahkan pada saya bahawa dalam satu kampung tu, hanya family ni sahaja yang sanggup keluarkan duit lebih untuk penanaman padi. Bagaimana? Dia keluarkan duit untuk tanam satu paip ni didalam tanah. Dan guna paip ni dia akan sedut keluar air dari dalam tanah bila pam dihidupkan. Fungsi semacam juga dengan telaga, tapi ini lebih baik. Kesannya, apabila tiba musim kemarau, ketika petak bendang orang kering kontang, petak dia masih boleh dipenuhkan dengan air. Dan dia masih dapat buat bendang. Dengan hanya menghidupkan enjin kubota, air dapat disedut keluar dari dalam tanah untuk kegunaan bendang miliknya. Pakcik bandingkan dengan melayu. Yang hanya menunggu duit subsidi, berharap pada menda percuma sahaja, beza dengan mereka yang ada inisiatif. 

Kedua pakcik kaitkan dengan duit. Bagaimana duit untung yang hampir sama, dia simpan berkoyan, siap ada pam tambahan, tapi kita duit habis ke mana? Lagi, bukan hanya pada, tapi pam ini sangat berguna juga waktu air diperlukan. Mungkin yang keluar itu keruh, tapi jika diaplikasikan filter di sana, bukankah kita mampu dapat air yang jernih dan bersih??

Ketiga, bagaimana anak anak dididik. Kata pakcik, anak keluarga tu yang gaji 7-8 ribu masih pegang cangkul membantu ibu nya bercucuk tanam. Menanam sayur. Banding dengan kita yang tak tara mana, selesa sikit ja, mampus tak mahu dah mencangkul. Penat la. Tak ada masa la. Memacam alasan. 

Empat, kekeluargaan. Bagaimana anak anak setiap hari pulang ke rumah, berkumpul, sarapan sama setiap
Hari, makan malam sekali setiap hari. Kenapa kita tak praktikkan? Sekurang nya balik dan jamah sedikit. Sedap tak sedap brlakang kira. Tak ok, lepas makan, nak pulang ke rumah sendiri, carilah makan d mana mana kedai yang mahu. Jamah itu penting. Ambil hati ibu yang masak. 

Pakcik cerita lagi, mereka bukan tak ada masalah. Ada juga menantu yang dah bertahun tak balik. Tapi anak setiap hari mesti akan balik. Pakcik kait dengan situasi kita. Kalau dah menantu tak ngam dengan mak, bukan kata menantu ja, anak pun dah tak mahu balik dah. 

Betul kan teguran pakcik tu. 

Bagi saya mudah. Yang baik, tak kiralah dari sapa. Hadam dan simpan dalam diri. Jadikan pedoman, ikutan. Jangan pahit terus dibuang, manis terus ditelan, itu bidalan. Harus kau renungkan~~ 

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA