Followers

Thursday, 16 December 2010

Pengambilan Sum-sum Tulang


Derma sumsum tulang, atau dalam bahasa medik nya Bone Marrow Aspiration/Transplantation/Harvest, ia melibatkan prosedur mengambil sumsum tulang di tulang yang besar, kebiasaannya tulang pelvis (punggung). Prosedurnya, doktor akan menggunakan sebuah jarum yang besar, yang akan ditusuk di bahagian pinggang/punggung di bawah anaesthetic.

Pendermaan sumsum tulang adalah sangat2 membantu terutamanya bagi pesakit yang mempunyai masalah berkaitan darah (leukemia, contohnya). Namun adalah sangat sukar mencari penderma sumsum yang betul2 compatible dengan penerima, even dalam kalangan family sendiri atau mak/ayah-anak pun belum tentu compatible.

Sebagai tambahan, sedikit info mengenai derma sumsum tulang ni. Sumsum tulang (bone marrow), biasanya akan diambil melalui prosedur yang dikenali sebagai "Bone Marrow Aspiration". Secara terus terangnya, satu jarum besar akan dicucuk ke dalam tulang untuk menyedut sedikit sumsum dari dalam tulang tersebut. Lokasi biasa yang digunakan untuk mengambil sumsum, adalah di bahagian tulang pinggul. Mengenai kesan sampingan, rasanya tidak ada lah. Risiko yang mungkin ada pun, adalah jangkitan, namun prosedur ini dijalankan dalam keadaan yang steril (tanpa kuman), justeru memang jarang2 sgt lah jangkitan berlaku disebab prosedur ini. Biasanya 2, 3 hari selepas prosedur, rasa sakit n sengal2 tu normal lah. Jika sakit tersebut tidak berkurangan, atau diiringi dengan demam atau bengkak, maka rujuklah kembali kepada hospital tersebut. Wallahua'lam.


Note:: da tgk proses ni kat Youtube. macam sakit ja.. ;( cian kat orang tu.. arap2 dia da pulih n sehat..

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA