Followers

Monday, 6 December 2010

Salam Maal Hijrah



woww.. tak bapa jam .. da nak masuk tahun baru..
Maal Hijrah 1432 H. tak sangka kan.. jap ja masa berlalu.. macam2 da berlaku sepanjang tahun ni.. dari zaman kejatuhan. smpai bgn balik..
dan skg da di tengah2.. macam nak jatuh balik.
suma pahit dan manis berlalu sepanjang tahun ni..

di ambang2 tahun baru ni..
marilah kita sama2 mengimbas balik..
apa yang da kita lakukan sepanjang tahun ni,,
perkara-perkara baik yang kita da lakukan..
kekhilafan kita, kesilapan, yang da kita wat..
dosa yang kita da wat..
segala apa yang berlaku sepanjang tahun ni..
mari sama-sama kita bermuhasabah diri kita..
siapakah kita, apa matlamat kita sepanjang hidup kita?
tercapaikah cita-cita kita, azam kita diawal ambang tahun baru yang lepas..
berjayakah kita gapai impian kita yang kita pahatkan dalam minda kita sebelum ni..
bukan itu sahaja, persoalannya sekarang, adakah kita telah menjadi yang lebih baik dari siapa kita sebelum ini..?

adakah kita, telah berjaya berhijrah dari diri kita yang dulu dan menjadi yang lebih baik..
dari segala segi, baik dari segi amalan, dari segi akhlak, dan segala hal yang berlaku.?
adakah itu telah berjaya kita capai? jika tidak, mengapa tidak kali ini, kita tukar berjuta-juta azam baru tu, kita ganti dengan satu, nak jadi yang lebih baik dari sebelum ni, nak jadi hamba ALLAH yang taat ng perintahnya.. nak jadi khalifah dalam dunia ni.. khalifah dalam rumah tangga, khalifah dalam pejabat, khalifah dalam rukun tetangga, . bukankah itu punca utama kita dijadikan di alam dunia ini, sebagai untuk beribadat kepada ALLAH..

"Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.

kerana, seringkali kita berazam macam-macam di tahun baru ini, tapi tidak ramai yang berdoa dan berazam nak menjadi HAMBA ALLAH yang lebih baik, lebih hebat dari siapa dirinya di tahun sbelumnya,, jadi.. mengapa tidak kita ambil keberkatan awal tahun ini.. untuk sama-sama berazam memperbaiki amal kita, menginsafi dosa2 kita, dan sama-sama melakukan perubahan untuk Agama ALLAH.. bukankah itu yang terbaik buat kita?

apa pun..yang terbaik saya doakan buat semua.. agar kita mendapat yang baik-baik dalam hidup ini.. dan agar lebih erat pegangan kita terhadapNYA.. agar lebih mantap amal dan usaha kita dalam mendekatiNYA..
Amin Yarabbal Alamin.

No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA