Followers

Sunday, 5 December 2010

Kerja

ada seorang lelaki..dia ada interview..

sebelum interview bermula, dia masuk kedalam tandas..

nak gosok gigi..

kemudian, semasa nak gosok gigi, dia nampak, sinki tempat dia nak guna tu, kotor sangat..

jadi dia pn ambil berus gigi dia, dan gosok cuci sinki tempat tu smpai bersih..

selepas selesai dia wat pembersihan tu, seseorang menegur dia

"apa yang sedang kamu lakukan?"


jawap dia,

"saya sedang bersihkan sinki ni encik, kerana saya lihat ianya terlalu kotor"


kemudian, si bertanya menambah,

"encik, kenapa encik bersihkan sinki tu? , adakah sebab encik nak dapat kerja di sini, encik lakukan perkara ni..?"


dan dia menjawap.

"tidak encik, saya lakukan ni kerana ALLAH.. "


dan selepas itu, encik y membersih pn dapat kerja tu..

bukan kerana dia rajin.. tapi kerana dia buat sesuatu "Lillahi Taala"..


fikirkan.. renung-renungkan.. apa etika kita ketika kerja? kerana ALLAH, atau kerana orang?

kerja yang dilakukan kerana ALLAH, beroleh ganjaran pahala, kerana dianggap sebagai ibadah, itu pun apabila perkara-perkara tertentu dijaga la.. solat, cara kerja suma.. berbeza ya dengan buat kerana orang..kita takut orang..

sedang kita tau.. ALLAH lebih MAHA MELIHAT..



No comments:

Buta+Pekak+Bisu=CINTA