Followers

Saturday, 28 January 2012

Cabaran dunia penulisan.

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Semalam berbual dengan seseorang. Katanya cerpen sekarang banyak persamaannya. Di mana-mana dia jumpa adalah mengenai keterpaksaan. Nadh setuju dengannya. Sebab rasanya Nadh ada satu karya berkaitan juga sebelum ini. Jadi Nadh gtau la dekat dia. InsyALLAH, akan cuba cari variasi dalam penulisan. Biar ada lain dari yang lain kan.

Sebenarnya kan, pendapat Nadh la. Menulis ni banyak cabarannya. Readers mahukan sesuatu yang lain dari yang lain. Jadi ini merupakan cabaran yang besar buat penulis untuk 'create' dunia baru yang belum dijumpai oleh para readers lagi. Bukan mudah tau, sebab tu kita selalu jumpa persamaan dalam karya, pun ini bukan satu kesalahan, tetapi mungkin juga cara penulis sampaikan sesuatu tu dari buah fikirannya.

Kedua, 'jiwa' dalam penulisan. Bagi Nadh sendiri, nak menulis, Nadh perlukan 'jiwa' untuk menulis. Seperti yang para sahabat Nadh tahu, Nadh suka gunakan lagu sebagai medium mendapatkan 'feel' menulis itu sendiri. Sebagai contoh, kisah Sedetik Lebih ni Nadh ambil dari sebuah lagu, dan sebenarnya kan, Nadh punya la dah masuk dalam cerita ni, sampai Nadh sendiri tersentuh dengan cerita ni, sentap juga la. hihi.

Ketiga, 'sentuhan'. Yang Nadh maksudkan dengan sentuhan adalah, bagaimana kisah yang kita bentangkan itu menusuk ke jiwa, tersentap para pembaca tu. Nadh akui, ini antara yang paling susah bila menulis. Sebab kita bukan harap readers membaca tetapi dapat 'sesuatu' yang kita cuba sampaikan kepada mereka. Ini merupakan cabaran besar sebenarnya kepada penulis. 

Keempat adalah harapan. Apa yang readers nakkan. Dan apa yang kita sampaikan. Menulis ni sama juga macam memberi servis kepada yang membaca. Kita menulis untuk kita persembahkan kepada orang kan. Jadi kekadang tu kita kena juga lihat macam mana yang readers kita nakkan. Macam semalam, Nadh ada jumpa seorang readers tu,  dia request dekat Nadh dia nak satu cerita berkaitan dengan kekeluargaan pula. Jadi Nadh perlu lah cari idea terbaik nak tunaikan apa yang dia nak tu kan?

 Throw it away by Nadzli

Nak menulis tu senang, tapi nak bagi hasil perkongsian tu terkesan ke hati, susah sangat. Sebab tu kalau kita tengok, ramai yang suka dengar ceramah, tapi berapa ramai yang terikut-ikut dengan ceramah yang disampaikan tu? Susah kan? begitulah penyampaian melalui tulisan, ia bagai angin yang berlalu saja, mata yang meniti tiap bait kata dari atas ke bawah, tapi yang tersemat di hati berapa sangat kan?

Apa pun, hasil kita menampilkan siapa diri kita serba sedikit walau kita tak sedari. Tak percaya? Ini pengalaman Nadh sendiri. Kenal dengan orang dari penulisan, membawa ke reality. Kita dapat tengok mereka macam mana. :) 

Dunia ni sangat menarik untuk diterokai. Walau kita tak datang dari dunia ini sepertimana mereka yang dah lama dalam dunia ini. Tak hebat sepertimana mereka yang bijak bermain dengan ayat, memanipulasi kata-kata, tapi bukan bererti kita tak boleh nak menepek seketika kan dalam dunia ni kan?


P/s : Nadh hadir sebab ingin melampiaskan minat menyampaikan mesej melalui permainan kata-kata. Ianya hanya untuk seronok-seronok kan? Apa salahnya berseronok macam ni kan? :)

8 comments:

Nong Andy said...

Aku suka pengunaan ayat kamu En. nadh

santai, mudah di fahami.. dan tak tertekan membacanya malah sampai penceritaannya :)

tapi benar- cerpen yg kawin paksa mcm idea lapuk.

aku ada cuba tgk terma n syarat penghantaran karya suatu masa dulu. 4-5 tahun dulu masa mula-mula berjinak dlm dunia penulisan ni. konon nak serius hehe

dan dlm tu pihak penerbit menegaskan utk gunakan idea baru dan beri contoh2 idea lapuk yg di berikan salah satunya kawin paksa -alamak kantoi aku!

mencari idea baru yg segar memang satu cabaran :)

Fay said...

lepas tu filem sekarang suka adaptasi dari penulisan je..

Iffah Afeefah said...

kdg penat nak memuaskan ati org

hurm

tak ade istilah suke menulis sbb suke hati kite nk tulis pe

ijA said...

xsalah.kita pun suka yang unik dan kreatif..memang berbeza..dari yang lain..

Kumiko Ryou | Farah Amira said...

hehe...betul tokwan..ssh gak la nak hasilkan karya yg berutu..adess..

mas saari said...

memang susah nak menulis ni, sebab tu akak nak hasilkan 1 entri pun makan masa hampir 1 jam! tapi akak respeklah orang yang pandai menulis macam Nadh ni...heheheeee

Hanif Bloglist Blog said...

Memang ada minat tapi jiwa penulisan tak der...hehehehe.
Selamat Berjaya dalam Penulisan
http://hanifidrus.blogspot.com

Rozuan Ismail said...

memang dalam dunia penulisan penuh dengan dugaan. siapa kata menulis itu senang kan

Buta+Pekak+Bisu=CINTA