Followers

Friday, 13 January 2012

Tak apalah, kalau tak salah kita tak belajar kan?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh tergelak ni. Baru kejap tadi join group dan meng-comment sakan. Ada la cerita mengenai pil chi kit teck aun tu. Ala, pil sakit perut tu, yang kecik-kecik tu. Ni ha gambar kat bawah ni dia.
 
Cerita dia, Ada seorang adik ni mengaku, masa dia memula kenai dengan pil tu, dia makan sebiji ja, bukan nak jimat katanya, tapi dia tak tahu. Nak tergelak plak bila baca. tapi lepas tu Nadh cakap la dekat dia, "tak apalah, kalau tak salah kita tak belajar kan? "
Betul kan, dalam hidup, kita tak belajar kalau kita tak buat salah. Contoh macam adik tadi tu. Dan Nadh sendiri sebenarnya dapat pengajaran ni dari kisah Nadh masa memula hidup kat sini. Masa Nadh mula datang dulu kan, Nadh kena keluar, sebab masa tu kena buat delivery untuk materials team nak guna masa buat kerja pada malam harinya. To be honest la, Nadh rasa seksa sangat sebab kita ni dah la buat jalan, pastu kena keluar plak, cari jalan. Memang la pening.
Tak cukup dengan tu, Nadh bila ke klas hujung minggu pun macam tu, cari kelas punya la susah, tak jumpa-jumpa. ye lah kan, kita pestime guna kenderaan sendiri, sebelum ni LRT ja. Ada sekali tu, masa keluar dengan orang, Nadh terlepas satu simpang, dan menda tu sebabkan Nadh rugi hampir setengah jam, sebab tak boleh nak patah balik guna jalan tu, (masuk highway kan), padahal, kalau tak silap 5 minit dah jumpa federal highway. At last setengah jam lepas tu, baru jumpa jalan masuk federal highway. Dah la masa tu kejar nak Maghrib, memang pengajaran berguna buat Nadh la.

Sekarang ni, Alhamdulillah, syukurlah, walau tak banyak, Nadh belajar untuk tahu jalan kat sana, sampai ada la orang perli Nadh kata Nadh ni GPS. Tak apalah, betul juga kata abang yang mengajar Nadh dulu, "redah ja". Sekarang kita dah tahu kan. Bermaksud kat sini, belajar dari kesilapan ni, akhirnya kita akan tahu la mana salah mana betul.

Nadh nak tambah ni :
Tapi bab agama, bab hukum hakam, kalau salah kita takleh nak pusing-pusing ya. Kalau tadi kita belajar dari pengalaman, kesilapan, tapi lepas tu masih boleh buat silap, tapi dalam bab hukum hakam, bila kita dah tahu, secara automatiknya kita akan dipertanggungjawabkan. Paham maksud Nadh kan? Dipertanggungjawabkan !

Contoh terbaik, kita tahu ja tak pakai tudung itu salah, tapi stil nak buat. Malah kita bangga nak kata dekat orang "aku solat penuh la, lagi bagus dari budak pakai tudung tapi berzina". Soalnya sekarang, siapa kita nak persoalkan menda ni? Kita mungkin rasa kita baik dari dia, tapi dia TUTUP apa yang ALLAH mula-mula suruh TUTUP. 

Kedua, bila kita ada pelajaran, tapi kita tak tegur orang salah, MALAH MEMBENARKAN ORANG BUAT SILAP. Contohnya, orang berzina, kita tak nasihat dia, tak membetulkan dia, malah boleh plak membenarkan perlakuan dia tu. "A'ah kan, dah sedap kan, buat ja lahh, Muda lagi ni, nanti tua ko tobat aa". 

Lagi teruk bila KITA ADA ILMU, TAPI KITA BUAT JUGA MENDA TU. Senang cerita bab solat la, sapa yang tak tahu tinggalkan solat itu DOSA besar, tapi slumber badak ja bila datang waktu solat, kita dok ralit kat shopping mall, dedatingan, tengok tibi, apa sahajalah keadaannya yang buatkkan kita MENINGGALKAN SOLAT tu.

Nadh nak gtau ni, menurut Khatib masa Nadh pergi Solat Jumaat hari tu. 
"Orang yang ada ilmu, tapi tak beramal, akan dimasukkan dalam api neraka, akan disiksa dulu daripada orang KAFIR " 

Berat kan? Jadi nak tangguh lagi ke? Opsss~~~

6 comments:

Rozuan Ismail said...

wan pon baru belajar dari kesilapan hari ni nadh, wan ada buat segmen semalam, dan sepatutnya hari ni tamat dan wan nak umumkan.tapi atas sebab2 tertentu wan terpaksa batalkan segmen tu.wan takut nanti apa plak org yg dah join tu ckp. wan mmg terpaksa tarik balik sbb kena jaga hati semua pihak

Eza Boom Boom :) said...

entry yang banyak ilmu. Memang ada benarnya. terima kasih tulis entry ni, datang kesedaran dari diri Eza :)

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

betul tu nadh..akak pun terkejut kena telan semua ubat tu.tp tak tertelan..semua jatuh dlm air semula..hahaha.tak tau bertanya.silap kita blajar lg.moga kita belajar dr kesilapan.jgn malu utk belajar ..kan?betul ke dik?hehe

azwa amani said...

betul tu nadh.. dipertanggungjawabkan.. Islam bukan ambil separuh-separuh, tapi kita kena ambil keseluruhan hukum-hukum Allah,, barulah jadi hamba yg bertakwa..

psstt : makan pil tu satu je, rasanya mcm takde effect je.. huhuhu. tapi amani takut makan ubat tu..

Iffah Afeefah said...

mmg lawak la

sebiji je?
mne nk bkesan hahaha

aimie amalina said...

betol tu nanadh
kalo x salah x taw kan
dr situ kite akan belajo

heee

cantiknyeee belog baruuu
puttiihh berseri
putih2 biru :)

Buta+Pekak+Bisu=CINTA