Followers

Sunday, 8 January 2012

Keretapi Kehidupan

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Malam ni Nadh rasa nak cerita pasai apa yang terlintas dalam fikiran Nadh subuh tadi la. Mengenai keretapi. Entah macam mana tatau leh muncul idea ni dalam fikiran kan, jadi tak salah Nadh nak perincikan apa yang Nadh rasa tentang dia kan?



Nadh rasa hidup ni kan, kalau lah ia macam keretapi mesti best kan? Mana tak nya, kalau keretapi kan, semua mesti ikut KEPALA dia. Semestinya tak kan pusing p jalan lain, sebab dia HANYA boleh jalan melalui LANDASANnya. Landasannya adalah ISLAM dan KEPALAnya adalah IMAN yang mana AKAL sebagai pemandu kepada perjalanan tu.

IMAN yang menjadi kepalanya, sebab IMAN ja yang akan membawa kita ke destinasi semestinya iaitu SYURGA. AKAL yang memandu, sebab kalaulah pemandunya memilih untuk ke kiri dan ke kanan, pasti akan rebah ke tepi keretapi itu, seterusnya terhenti perjalanannya, jadi AKAL akan memilih untuk mengikut sahaja jalan yang tersedia tu. Tiada lagi pilihan untuk dia SHORTCUT.

Lepas tu kan, nak korner merata pun tak boleh. Cuba la kita tengok kat jalan raya tu, driver slumber badak ja nak p sana, p sini, pantang ada ruang kosong ja. MEMBAHAYAKAN. tapi kan, jalan keretapi, takleh nak ke kiri, ke kanan, melainkan la bila lalu kat ruang penukaran lane tu, itupun kena ada orang yang buat. Dalam kes ni. Cilok tu TAK MUNGKIN aa. 

Macam Nadh cerita dengan pakcik semalam kan, dia kata, zaman kita sekarang ni, orang ISLAM yang lahir nya dah ISLAM ni la yang paling kesian sekali, sebab mereka tak cari Ilmu nak kuatkan lagi akidah depa. yang depa tau, pegang kat kata-kata Rasulullah dulu yang mengatakan, sapa yang mati dengan kalimah LAILAHAILLAH itu akan masuk Syurga. 

Lepas tu kan, Pakcik kata lagi, masa tu ada sahabat yang dengar, depa p jumpa Rasulullah tau, lepas tu Rasulullah kata, Ya benar LAILAHA ILLALLAH dan AMAL. 

Dan Pakcik tambah, AMAL, nak berAMAL, kena ada ILMU, nak ada ILMU kenalah cari, tapi kita yang dah sedia ada ISLAM ni tak plak nak mencari ILMU tu. Pegang sangat dengan kata-kata tu. Tanpa melihat dari aspek yang lebih besar dan luasnya. 

Ibarat keretapi Nadh wat tadi tu. Semua nak syurga, tapi taknak ikut resam keretapi, yang menegak menuju destinasi. Semua tahu nak ikut kereta ja, ada ruang cilok, tengok kosong sikit memotong, pantang ada peluang ja, nak cepat kononnya, segala yang boleh mempercepatkan jalan itu akan diambil, sedangkan untuk menuju ALLAH dan Syurganya, tiada jalan pendek tapi ada jalan Nyata iaitu AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR !!

5 comments:

ahsfantasy24 said...

harap kita akan sentiasa
berada di landasan yang benar..

Mohon dijauhkan segala penyakit
yang menggoyahkan iman..

azwa amani said...

betul tu nadh, mereka fikir, bila dah Islam Allah nak masukkan dalam syurga terus ke.. tidak sama sekali. Allah dah berfirman, jika dosa dah menenggelamkan dirinya, KEKALLAH dia di dalam neraka tu.... ramai sangat yang dah lari dri LANDASAN...banyak sangat kepala yang ikut akal yang tak berlandaskan iman dan Al-Quran... sedih nadh dengan masyarakat islam ni, terutama melayu..

mas saari said...

thumbs up! kupasan yang menarik... kadang-kadang kita ni tak sedar jalan yang kita ambil tu dah jauh terpesong..

kiera'sakura said...

yg dah jadi ensiklopedia tue mmg slalu nye labih payah berbanding buku kosong...

ermm peringatan untuk diri saya sendiri jugak

Iffah Afeefah said...

kalau slh landasan cpt2 betolkan

Buta+Pekak+Bisu=CINTA