Followers

Friday, 27 January 2012

Ku Ingin Kamu - Part X

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

"Makcik, ini begnya. Makcik tak apa-apa? " Soal Hakim.

"Terima kasih nak, hanya ALLAH ja yang dapat membalas jasa anak-anak membantu makcik." 

"Tak apalah makcik, ini tanggungjawap . Bila melihat orang yang susah. " Balas Ayie. 

"Betul tu makcik, mungkin hari ni hari makcik, mana tahu satu hari nanti hari kami pula. " Hakim pula menambah. 

"Bagaimana dengan peragut tu nak? " . Soalan makcik ni buatkan Ayie dan Hakim kelu untuk berbicara. Diluah salah, tidak diluah juga salah. Jadi keduanya berdiam diri, dan memikirkan jawapan paling sesuai buat menjawab soalan yang ditanya sebentar tadi. 

"Ibu? kenapa ni? " Soal Amir kepada isterinya sebaik melihat ramai yang berada disekeliling isterinya. 

"Ibu kena ragut tadi abah. " balasnya ringkas. 

"Ibu tak apa-apa ka ni?" 

"Tak Abah, salah ibu juga tadi, terjatuhkan beg ibu atas jalan, ibu ingatkan orang tu nak tlg angkat, rupanya dia larikan beg ibu. Nasib baik ada dua orang anak muda ini tolong dapatkan balik beg ibu. Siapa tadi nama anak?" 

"Saya Hakim makcik, dan ini sahabat saya, nama dia Ayie. " 

"Terima kasih nak selamatkan makcik. Pakcik berterima kasih sangat pada anak-anak ni." 

"Tak apalah pakcik. Benda kecil je ni."

"Terimalah ini nak, buat duit air" Amir mengeluarkan not 50 untuk diberikan kepada Hakim, tapi belum sempat apa-apa, Ayie meningkah penuh sopan. 

"Tak apalah makcik, pakcik, Mama saya tak ajar menolong untuk mendapatkan balasan. Biarlah ianya dibuat dengan seikhlasnya. " 

**************************

Ain bangun awal pagi ini. Seawal 4:00 pagi dia sudahpun terjaga. Mungkin penangan tidur awal malam semalam. Seperti sudah terbiasa, dia bangun dan terus melangkah menuju bilik air yang berada didalam biliknya. Sebaik membersihkan diri, Ain mengambil wuduk dan terus bersolat tahajjud diikuti dengan solat taubat dan solat hajat. Seperti biasa, dia tak pernah lupa untuk berdoa buat arwah Bad. 

"Ya ALLAH, Berikan lah aku petunjuk dan hidayahmu Ya ALLAH, tunjukkanlah aku jalan menuju kepadaMU, berikanlah aku ketenangan dan jalan bagaimana untukku hadapi masa hadapan yang rasaku makin mencabar. Ya ALLAH, Aku insan lemah lagi tidak berdaya, dan hanya kepadaMU aku berserah, tunjukilah aku jalan yang perlu aku tuju Ya ALLAH, akhir sekali, aku pohon kau tempatkanlah dia ditempat insan-insan istimewa yakni golongan soleh dan solehah. Amin Ya rabbal alamin. "

Sebaik selesai, Ain naik duduk di birai katil, seterusnya membuka laci katil, lalu diambil sepucuk surat dari 100 yang ada didalam untuk dibaca. Nota bernombor 35 menjadi tatapannya pagi ini. 

Assalamualaikum kamu.
Pagi Sabtu yang Indah. ALLAH kejutkan saya awal pagi ni. Dengan disertakan semangat menulis kepada awak. Ketika awak membaca, saya baru sudah bertahajud, kemudian solat hajat dan solat taubat. Memohon agar ALLAH ampunkan dosa saya, kedua ibu dan ayah, adik-adik saya, semua ahli keluarga , seluruh umat Islam dan awak juga. 

Satu masa dulu kan, saya dikejar dengan kesesatan masa silam. Langsung tak berani melangkah, terutama bila mengingatkan diri yang banyak berdosa dan banyak berbuat salah kepada sekeliling saya. Mujurlah, ALLAH hantarkan seseorang untuk menjadi tempat saya berkongsi dan bercerita mengenai perihal kesilapan lalu saya tu. Hari ni, saya kongsikan dengan awak sesuatu.

1. Biar yang berlalu itu berlalu. - Pertama sekali, kita kena tahu yang berlalu itu merupakan kenangan . Dan kenangan punya 2 kesan pada diri. Satu yang baik, manakala satu lagi keburukan yang memakan diri. Mengingati masa lepas merupakan pembunuh kepada cita-cita. Awak pernah dengar tak, Penghalang utama kepada kejayaan adalah diri kita sendiri, dan salah satu sebabnya adalah kenangan. Kita takut melangkah kerana kita masih dibayangi oleh masa lalu. Andai kata dikumpul-kumpul kembali pun kenangan itu, tetap tidak akan sama dengan apa yang pernah kita lalui dulu. Tinggalkanlah ia . 

2. Jangan takut melangkah ke depan. - Setengah orang takut benar nak ke depan. Sebabnya, dia takutkan masa depan akan 'sakiti' dia. Tapi mana mungkin kita meramal perkara depan yang tak pasti bukan. Bukankah ianya sesuatu yang perlu kita hadapi dengan penuh rasa 'excited' kerana ianya merupakan pengalaman baru yang belum pernah kita tempuh?

ALLAH SWT berfirman yang bermaksud,
"Telah pasti datang ketetapan ALLAH, maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)nya. " (Al-Nahl:1)

Awak cuba fikirkan naiknya matahari di ufuk bumi, bagi yang menantikannya, sanggup bangun seawal mungkin untuk menikmati keindahannya, jadikanlah kecantikan masa depan itu sebagai sesuatu yang dinanti-nanti untuk ditempuhi, bukan ketakutan bahawa ia akan menyakiti. Tiada yang tidak mungkin dalam dunia ini, sedang sakitpun ALLAH dah beri solusinya, bahawa tiada yang tidak mampu diubati, kecuali Mati. 

Bad. #35

Ain menitis air mata sebaik selesai membaca selajur warkah kiriman Arwah Bad kepadanya. Bukan sahaja terharu dengan kata dan maksud yang terselit disebalik warkah, tetapi kuasa ALLAH yang baginya telah menjawab doanya sebentar tadi. Sepertimana firman Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra . "Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam yaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan siapa yang yang memohon ampun kepadaKu, maka akan Aku ampuni”.

Ain bingkas bangun dari duduknya, dicapainya sejadah yang dilipatnya sebentar tadi, dihamparkan ke lantai, lantas terus melakukan sujud syukur. Ucapan tanda terima kasih pada Ilahi yang Maha Mengetahui, Maha Mengasihi hambanya, kerana diberikan jawapan dan petunjuk kepadanya. Sujud yang diselit dengan sedu sedan tangisan kerana terlalu berterima kasih dengan 'hadiah' pagi yang diberikan kepadanya.

**************************

 "Masanya sudah tiba. Aku akan melangkah. Aku akan melangkah. " Monolog Ayie dalam diri. 

2 comments:

Iffah Afeefah said...

nangis rindu bad

kalau ai jadi ain la

haha

hurmm ayie y baik

tp nak bad

hurm

kiera'sakura said...

klu bukan kita yg mulakan langkah xde sape yg blh menolong kan..

*ALhamdulilah, kiranya ditinggalkan kelak banyak panduan dan nasihat yg akan menjadi peneman dan penguat semangat untuk terus gagah berdiri... terima kasih pada dia yg byk menasihat dan mengajar menjadi seorang yg optimis...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA