Followers

Wednesday, 11 January 2012

Quote-Quote Cinta

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Baru kejap tadi kan, Nadh terbaca quote ni kat wall pesbuk orang. 

Half Love

" Memang SENANG saya nak cari PENGGANTI awak~Tetapi BUKAN senang saya nak MELUPAKAN awak~Saya perlukan SEUMUR HIDUP saya untuk MELUPAKAN awak,Seumur hidup"

Bosan-bosan malam ni. meh nak berleter leh tak? Pasai menda ni la. 

SENANG cari PENGANTI -- kalau dah bersedia, cari la. Tapi perlu diingat, semasa mencari, bukan semudah memetik buah di ranting, kita perlu bersedia untuk mencari. Adakah benar bersedia untuk menerima hubungan tu dan terus dilanjutkan kepada hubungan yang HALAL DAN SAH. Kalau belum, silakan kata TIDAK kepada sebarang hubungan.

nak MELUPAKAN -- tak semua perlu dilupakan, ada sesetengahnya kita perlu simpan sebagai pedoman buat kita selagi hayat dikandung badan. Mungkin ada terselit sisa-sisa cinta dalam hati bila mana terkenangkan peristiwa indah semasa dibuai asmara, namun itulah hidup, kita tak bersama orang yang kita sayang, yang kita cinta, tapi kita PASTI akan bersama dengan jodoh kita. LAGIPUN, entah dia ingat ka tak kat kita tu YANG NAK INGAT SANGAT KAT DIA. Rugi lahh.

Seumur hidup nak MELUPAKAN -- Rasanya ini tak patut la. mungkin la apa yang berlaku itu sangat-sangat menyedihkan kita, tapi kita perlu juga buka ruang untuk masa depan kan? Tak percaya? Macam kita makan, lepas tu kita berak, ada tak kita nak tahaQ perut kita dan mulut kita dari mengunyah sebab sedap sangat makanan yang kita makan sebelum tu? Tak kan?? begitulah kenangan , peristiwa manis yang berlalu, PERLU DILETAK TEPI UNTUK KENANGAN BARU DICIPTA. Takkan nak berlaku tak adil pada yang datang kemudiannya? Shian dia.

Begitulah serba sedikit bagaimana Nadh menginterpretasi apa yang Nadh baca tu.. Rasanya wajar juga diambil perhatian kan? Hidup tak seronok la kalau asyik seronok ja, hidup tak rasa puas la kalau asyik gembira ja, hdup takkan sampai bila-bila matang kalau asyik dilanda bahagia. Kesusahan, keperitan hidup itu mengajar kita jadi yang lebih baik setiap hari.

6 comments:

Iffah Afeefah said...

bg ai sume tu poyo je

org lain ptus cinte jugak

haslinda said...

betol3x...
dugaan dan kenangan pahit tu sedikit sebanyak mematangkan kita...
setuju sangat2 dengan pendapat nadh...
:)

Cik Sara said...

That's right!..

Tak perlu kot seumur hidup untuk melupakan.. Hee..

Certain love quote, menarik untuk dibaca.. But for certain, rasa ngarut plak..

wanG said...

buat apa nak melupakan...biar je, lama2 lupalah tu..kan sel2 otak kita makin lama makin banyak yg inactive...hehehe

azwa amani said...

tukar prfesion ke nadh.. muhehehe. dr. cinta .. :)

kiera'sakura said...

yup.. kalau terus dibayangi kenangan yg lalu kesian pada si masa depan...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA