Followers

Saturday, 21 January 2012

Terbaik Yang Perlu Digilap

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Seharian Nadh bersama para sahabat hari ni. Macam-macam yang dibualkan, dan banyak perkara yang membuka minda untuk berfikir dan merenung sebanyaknya tentang kehidupan. Kekadang kita inginkan sesuatu yang sempurna, terlalu berharap dan berdoa, tapi yang digapai bukan seperti yang kita mahukan pada mulanya.

Ini yang sahabat Nadh kata, "terbaik yang perlu digilap". Waktu kita inginkan kesempurnaan, ALLAH kirimkn kita seseorang, dan kitalah yang berperanan membentuk dia dalam acuan istimewa sebagaimana kita mahukan itu.

Semestinya ia bukanlah semudah jangkaan kita, namun hasilnya terlalu istimewa kerana datang bersama diri kita yang juga 'tergilap' indahnya semasa kita berusaha. Mana tidaknya, untuk mendapat yang baik, kita juga perlu jadi yang terbaik kan? Mana mungkin si ibu ketam yang berjalan mengiring brjaya menegakkan jalan si anak? Maka dari sanalah kita juga belajar sesuatu dalam kita tidak sedar.

Oleh itu, jadilah yang terbaik, walau baik tidak mudah dicapai, tapi percayalah, tiada yang berasa sangat indah melainkan perjalanan penuh pancaroba kerana akhirnya adalah sinar terang yang bakal brcahaya hingga bila-bila.
Published with Blogger-droid v1.7.4

5 comments:

Iffah Afeefah said...

Tp nadh mmg sahabat terbaik
jiran terbaik

n xmustahil akn jd suami terbaik

#tetibe rase nk wt entry sal kawen kah3

ps:tq nadh utk due hr ni hehe

mas saari said...

kelemahan kita boleh diperbaiki kalau kita rajin berusaha..

msredcheesecake said...

sebab nak menggilap si kecil lah msred sedang menggilap diri sendiri... dah byk karat ni...

lieynanilaz said...

insyaallah pasti boleh!!

Areef Ibn Naim said...

salam,

ye, dlm membuat sesuatu pilihan kita sentiasa inginkan yg terbaik... tp kkdg kita yg merasakan ianya terbaik ttp di sisi allah sebaliknya... so, selalulah meminta petunjuk kpd-nya...

p/s - jika sudi jom join my 2nd GA kat my blog

Buta+Pekak+Bisu=CINTA