Followers

Wednesday, 25 January 2012

Cobaan 1 2 3 | Triffle Berries-berries

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Ni project baru Nadh kemarin dengan adik perempuan Nadh. Dia dok teringin sangat nak cuba, jadi kami sama-sama pergi kedai, lepas tu sama-sama buat menda ni. Asalnya nak buat Apam Polka-Kedot-Kedot, tapi bila dah pergi kedai tu, menda ni pun sama jadi target nak cuba.


[Note : Tatau menderhaka resepi sapa, cari dalam tenet tak jumpa plak dah hari ni. ]


Bahan-Bahan. (10-12 )
Kek gulung perasa Blueberry (Nadh cari kek tak jumpa semalam, beli swiss roll yang kecik-kecik 2 kotak)
1 tin buah-buahan campur
5-6 sudu besar tepung kastard
7-8 cawan air
Setengah cawan gula (Nadh guna gula icing Mama *nak habiskan* )
1 tin susu cair
1 paket agar-agar jeli kristal Nona
Perasa Strawberry


Cara-cara
1. Mula sekali, susunkan kek kita dalam bekas.
2. Lepas tu, basahkan kek tu dengan air dari dalam tin buah kita tu. (senang basahkan sebab nanti dia takmau lekat)
3. Bancuhkan tepung kastard dengan air. Nadh letak sedikit perasa strawberry dalam ni. Bagi ada rasa.
4. Panaskan susu cair dengan gula. Lepas tu bila dah nampak didih, masukkan tepung kastard yang dibancuh tadi. Masak sampai betul-betul pekat dan tutup api.
5. Tuangkan tepung kastard yang dimasak tadi dalam bekas berisi kek gulung tadi, sejukkan dia.
6. Bila nampak dah agak keras, susun buah atas permukaan tepung yang keras tadi, lepas tu tuangkan jeli yang dah disediakan tu.
7. Sedia untuk dihidang bila nampak suma dah keras elok.


P/s : Seronok kan bila ada geng nak cuba masak-masak makan-makan ni kan?

P/s lagi : Colleague Nadh penah cakap, "ang ni kalau nasib jatuh jadi anak menakan aku ka, adik aku ka, mesti bini aku suka, ada geng, nak cuba-cuba masak, dia tu macam ang la.. "

10 comments:

mas saari said...

wah! rajinnya, untung isteri nadh nanti...heheheee

Anum said...

sedapnya

shaliza khairi said...

whoa. buat triffle. sedapnyerr.

diyan said...

dah dua blog dyan melwat ada resipi must try sedap :DDD

~Filzati Zulkepli~ said...

baru try buat last week. senang sangat then sedap. esoknya dah habis. cuma saya modify sikit buah tu letak antara kek dgn kastard :)

Iffah Afeefah said...

ai tak suke sgt bhgian kek

dlu penah buat mse belaja hehe

Hanif Bloglist Blog said...

best ni!!!
Selamat memasak !!

aizamia3 said...

best arr.. kalau ai.. ai suka makan je.. hehehe..

Nong Andy said...

Nampak sedap lah! En.nadh minta sikit!

nora amila ghazali said...

tudiaaa.. sedappp

Buta+Pekak+Bisu=CINTA