Followers

Monday, 13 February 2012

bangla mana la tadi

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Hari ini menarik buat Nadh. bangun awal untuk ke tempat kerja. Lepas tu bekerja dengan rasa yang membahagiakan, walau panas, tapi happy. Bersama 2 colleague. Walaupun di kutuk tadi dengan kawan yang terjumpa di tengah jalan. 

"Seyes weyh, tadi masa aku nampak ampa mula-mula, aku terfikir bangla mana la tadi. Tapi lepas tengok lama-lama baru perasan itu ampa. "

Nadh hanya tersenyum. Dalam hati, "bangla pun bangla la., Aku bahagia dengan apa yang aku buat sekarang ni. " 

Kemudian berhenti kejap untk berbual di gerai tepi site tu. Banyak yang ditanya, berapa dapat, berapa dibayar, banyak yang berkaitan dengan DUIT. Kami cuma menjawab sebagaimana yang kami dapat. Macam abg Mie jawab tadi, "kami cuma dapat gaji untuk kerja ini, tiada elaun." 

Dan mereka terdiam. Sebenarnya banyak orang fikir, bekerja ini untuk kaya kan? dapat duit banyak, tapi bagi kami, kerja sekadar untuk mendapat gaji setiap bulan. Tidak mewah semewah orang lain. Tiada wang yang banyak seperti orang lain. Masing-masing terfikir untuk dapat apa yang kami selayaknya dapat setiap bulan iaitu gaji. 

Ada yang mungkin memperlekeh, apa la sangat semua tu. "You can get better. "
"YES we are, but we work as a family, not a team anymore, what we do now is for everyone in the family"

Mama pernah tanya, tapi setelah di terangkan segalanya, Mama akur. Kata Mama ,  "Tak apalah abg, mana yang abg rasa baik, abg buat la. Mama sokong ja. "

Ya benar. Kerja untuk dapat gaji tau. memang untuk dapat gaji semata-mata. EPF? maaf tiada juga. Mungkin kata orang tiada jaminan, tapi biarlah kami bersabar sahaja. Ini kan ketentuan ALLAH. Bukan kita tidak berusaha, tapi kita masih tegar menyokong orang yang buat projek untuk semua dapat gaji, bukan untuk kaya iaitu mr. bosses. Apa pun kesudahannya, biarlah kami yang terakhir pergi bila ALLAH dah takdirkan penutup buat semua. Wallahualam. ;)

12 comments:

Rozuan Ismail said...

nadh pernah citerkan pasal kerja nadh kat wan.

Подтверждаю (fadzli) said...

as salam..
alhamdulillah..nadh teruskan hidup mengharungi cabaran-Nya..
dimana-mana, kebahagaian dari-Nya tiada siapa yang mampu menandinginya..

bangla..hm..

Raisya Haris said...

Gaji tu tak apa, asal kerja tu halal. :)

mas saari said...

janji kerja yang kita lakukan mendatangkan rezeki yang halal... selebihnya kita bersyukur dan minta pada Allah!

Nong Andy said...

Rezeki dari tuhan.. sedikit atau banyak yg pentingnya halal :)

CekbOlat-bOlat said...

rezeki datg dri Allah ^^

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

InsyaAllah selagi berusaha gigih,pintu rezeki akan terbuka luas.jgn lupa solat duha utk peroleh rezeki yg luas.itu janji Allah

Eera Shera said...

tak kesah la kerja apa pun, asalkan kita minat. yg penting dpt duit...byk/sikit atas rezeki

H.J said...

jangan dihirau sangat kata orang

kiera'sakura said...

xpe la yg penting kita ada keja yg nak dibuat dan ada gaji yg blh diguna..sbb kt luar tue ramai lg yg mencari2 kerja.. rezeki ada kt mana2 dan setiap org dah ditentukan rezeki msing2 kan yg penting kita jgn benti usaha :)

Suhaili Sarif said...

yg penting halal nadh :)

Iffah Afeefah said...

kerja nadh gembire kot

kejap ley kua jalan hehe

Buta+Pekak+Bisu=CINTA