Followers

Friday, 10 February 2012

Kawasan ini tak ada masjid.Surau ada la

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Nadh baru sampai rumah. Seharian kat luar hari ni. Dari pagi, pukul 8 sampai ke 10 lebih baru jejak kaki kembali kat rumah. Kerjanya sampai pukul 6 aja tadi, tapi lepas tu berhenti kejap minum-minum sampai pukul 7 lebih, then baru gerak sampai rumah boss Nadh dalam 8 lebih. Lepak minum, mandi kat rumah dia (kena paksa), lepas tu makan (kena jemput), then last baru gerak balik.

Umm alkisahnya tengah hari tadi ni. Masa nak masuk waktu Zohor, Nadh ajak la boss Nadh g solat Jumaat. Mulanya cari kat garmin, tapi tak berjumpa. Jadinya kami ambil keputusan nak cari aja dekat kawasan berdekatan tempat tinggal orang. Tapi hasilnya agak kurang memberangsangkan. So Nadh pun berhentilah kat tepi jalan tu, tanya dekat orang.

Masa tu berhenti dekat kedai jual nasi tepi jalan. Masa tu ada lah 2 orang lelaki yang beli makanan kat situ.
"Abang, dekat kawasan ini ada masjid tak?"

"Ohhhh kawasan ini tak ada masjid la. Surau ada la."

So lepas tu kami pun dah blurr mana nak cari surau. Yang lawaknya kan, dan menjadi persoalannya kan, boss Nadh la kata, "ringan je aku nak tanye kat dia, hai abang, tak pegi sembahyang jumaat ke?"

Memang pun, Nadh tengok muka rilex je beli nasi dengan gepren, dari gaya tu memang la gaya kerja dekat-dekat sini, tapi kenapa macam tak concern ye waktu solat Jumaat da masuk? Entah la kan, brsangkat baik lah kepadanya. Mungkin dia bermusafir la kot kan? Kalau tidak, Nadh doakan dia dapat hidayah la. Moga-moga ALLAH buka pintu hati dia la. Amin...

5 comments:

Ayuni said...

laki camtu xbleh di buat suami....

Adam Malik said...

bersangka baik jelah..

Khuzrin Kamarudin said...

Isk isk isk.. teruk teruk teruk.

mas saari said...

ramai yang camni! lebih memilih tengok movie dari nak berjemaah di masjid utk solat jumaat..

Iffah Afeefah said...

maybe surau besar kot

errr musafir2

errr

Buta+Pekak+Bisu=CINTA