Followers

Sunday, 19 February 2012

Eeeuuu tolonglahhh~~

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca.

Beberapa hari ni Nadh dok terjumpa berberapa perlakuan kurang matang oleh beberapa individu dari muka bumi ALLAH ini. Satu dari kisah seseorang, dan satu lagi Nadh jumpa dalam pesbuk yang buatkan Nadh terus remove ja. Semak pala tengok budak baru nak besaQ punya perangai.

Mula sekali Nadh tertengok la, perihal manusia yang MARAH sungguh sebab kes dia enchik boyfie ada twitter tak bagitau. Soalnya kan, maaf ye, bukan kutuk tau, tapi nak tergelak je. ellowwww~~ apa la menda macam tu pun nak marah. Takkan la semua menda nak kena repot? Rasa perlu ke password suma bagai bagitau dekat kamu? PERLU KE? Mummy dia yang jaga dia dari kecil pun tak kawal macam tu tau.

Kes kedua plak, kawal sekawal-kawalnya. Sampaikan tak boleh berkawan. Segalanya kena report, kena bagitau, lepas tu kalau tak mengikut spesifiksi berita yang ditetapkan, memang la gaduh tahap gaban. Ini satu hal lagi la. Takkan la sebab kawan , nak kena kawal semua sekali? 

Come on la, cuba matang sikit la. Baru berkawan okeh. Len la kalau dah berkahwin, kalau yang ni nak halang tu ada la sebab yang LOGIK sikit. Sebab bila dah kahwin kan, DIA ADALAH TUMPUAN KITA. Syurga isteri di dalam redha SUAMINYA. jadi perlulah nak hentikan pergaulan luar yang mungkin takut terpalit dosa dan noda. Bagi suami juga begitu la, kalau dulu diri begitu dambakan sidia, sekarang masanya nak lepaskan kasih dan sayang yang terbuku sejak sekian lama tu. 

Nadh nak nasihatkan la pada yang membaca ni, KITA TAK KAHWIN DENGAN CINTA KITA, TAPI KITA KAHWIN DENGAN JODOH KITA. Tak payah la nak kawal sangat, sebab cinta tu perlukan keikhlasan, kejujuran. Andai kata dia tu dah memang untuk kita, dan dia ingat kita, dia pasti akan jaga perasaan dan segala yang berkaitan dengan hati ni agar tak ada gangguannya. 

 Cinta ibarat kertas yang dipotong dengan bentuk hati itu, 
sebagaimana ia dipotong seperti itu juga ia kembali melengkapkan ruang kosong yang terpisah tadi. 

Andai kata ianya penuh dengan Redha, maka indahlah ia, tapi andai dihinggap dengan dosa, keindahan ia hanya keindahan sementara.

11 comments:

kiera'sakura said...

klu dh mmg jodoh, x perlu semakkn kepala dgn menda yg ntah pape...

Mr. Straw said...

gulp...kad kawin kad kawin...

.........cP~ said...

Hahaha.. Sejujurnya semak jugak dengan mereka yang tak habis-habis menayangkan sandiwara cinta kat laman sesawang ni.

Orang lain pun bercinta jugak kot.

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

alhamdulillah TTM tak macam tu..

;)

MaiRa QuEeN said...

berdoalah supaya dikurniakan jodoh yg baek..

Scarlett O'Hara said...

Suka entry ni.Kadang2 naik menyampah tengok budak2 yang update status pasal cinta atau bergaduh pasal cinta disebabkan benda2 kecik.

Sunah Sakura said...

indeed...

Iffah Afeefah said...

nk eeeuuuww jugak la

annoy gile

mmg patut kene tgl je

Ayuni said...

hm, pelik kn....

kay_are said...

budak2 zaman sekarang ni memang pelik.. bercinta macam tak matang je.. sume nak kawal, itu tak boleh, ini tak boleh.. baru chenta je pun.. rilek sudah

QasehSuci said...

setuju nadh...klaau boleh sebelum kahwin doksah lah bercinta yer tak...banyak buruk dari baiknya...

Buta+Pekak+Bisu=CINTA