Followers

Thursday, 2 February 2012

Couple tu tanda memiliki ye?

Assalamualaikum. Dan salam sejahtera pada yang membaca. 

Malam ni Nadh nak kongsikan mengenai persahabatan. 

Nadh ada issue sikit mengenai hubungan seperti ini. Kisahnya, ada seorang sahabat Nadh ni, kami berkawan rapat juga la, dah masuk 3 tahun dah. Baru-baru ni kami kembali berhubung setelah dia kembali dari kursus dia yang makan masa selama setahun.

Tapi tadi ada kes sikit la. Dia ni sebenarnya dah ada seseorang yang mengisi tempat di hati tu. Tapi masalah timbul bila, (sebab Nadh juga rasanya ni)  manusia tu tak dapat terima hakikat yang dia rapat dengan Nadh. Jadi atas sebab tu mereka bertengkar sikit la. Dan dia tak suka sebab mamat tu nak persahabatan itu dipisahkan sebab tak dapat terima Nadh sebagai kawan dia. 

Nadh macam biasa, tak suka nak bergaduh dalam hal-hal macam ni. Pada Nadh, "kau nak, kau ambil la. aku bertanggungjawab pada dia bila dia memerlukan aku, lain dari tu, kau ambil. Aku pun tak bulur nak gepren ang. Kalau aku nak dah lama aku dapat. Tapi aku dan dia sahabat. Full stop! ".

Nadh cakap dengan sahabat Nadh tu, "kalau susah tak apa, saya akan berundur, lagipun dia kan kebahagiaan awak?" .

Tapi rasa ralat la. Kenapa ye persahabatan tu mesti diputuskan hanya sebab dah ada couple? bukankah bila berhubungan tu, sama-sama kena saling percaya antara satu sama lain. Berkawanlah dengan sesiapa sahaja, tapi dengan batas la.

Bagi Nadh kan, bila da ada special relationship macam ni, Nadh rasa lebih secure nak berkawan. Sebabnya, kalau single kan, dan dengan apa yang Nadh wat, orang boleh mis-interpret dengan apa yang Nadh wat. (Jiran selalu tegur bab ni), tapi kalau dah ada seseorang, rasanya kan, (bagi Nadh la), orang tu pun tahu kedudukan dia, dan dia pun takkan rasa apa apa sebagaimana Nadh yang anggap dia tak lebih dari itu. Lagipun kan, tak salah seseorang nak jadi sahabat yang baik kan?

Tapi tak apalah, bak kata Nadh, "jadilah angin, yang datang menyejukkan kemudian hilang dia pergi tanpa dapat dikesan". Serious Nadh tak kisah. Kebahagiaan dia kan. Nadh tak rasa pape, sungguh. Dan takkan lari bila satu hari nanti Nadh diperlukan. ^_^

7 comments:

ecadwinkyasha said...

xpatut la putus kawan sebab kapel je...eh,betul-betul tak patut!....xsuka macam tu..

VPH Author said...

nadh..betul cakap eca tak patut putus kawan sebab kapel..

go on nadh..pastikan apa yang nadh buat tu satu keputusan yang betul,jangan harini lain esok lain pulak..:) think wisely ye..

fRaMe+LenSeS said...

Eca : tu lah kan? Takut sgt aih. Mgkn isau nadh lg bagosss dr dia kot. Hihi

VPH : maceh kamu. Nadh ttp jd shbt wlu cmne pn. ;)

Cik Chenta said...

ni la masalah bebudak skrg.... dh kapel, sume benda kena berbatas2.... nk kwan xleh nk kuar xleh....

kapel tu kapel la...kawan tu kawan la... kan?

mas saari said...

memang ada orang camni, sebab kapel sanggup hilang kawan!

Are_Rull said...

nadh,mamat tu rasa nadh lg hbt kot dr dy..hahahahhaa..
chillex je !
nadh kan cool..
erm..tp mmg x ptt la..ptskan pshbtn org len krn cinta..

nadh,i like..really like your quote..
"jdilah spt angin yg dtg menyejukkan kmdian hilang dy pergi tnpa dpt dikesan"

(T_T)

Iffah Afeefah said...

org yang tak yakin je kapel

sbb takut empunya larikan dri

konon trikatla

padhal???

Buta+Pekak+Bisu=CINTA